Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata macam-macam

Puisi
 

Sampan kotak mudik ke Pangkor,
     Singgah pula Pulau Sembilan;
Macam diletak macam diatur,
     Macam cincin permata silan.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Macam kikir besi.

Bermaksud :

Orang kaya yang bakhil.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
similesimileKesusasteraanTiadaBahasa kiasan yang membandingkan ciri utama sesuatu objek dengan ciri utama objek lain. Biasanya simile menggunakan kata bandingan seperti, bagai, macam atau umpama. Contohnya, putih seperti kapas. Simile berasal daripada perkataan Latin similis yang bermaksud �seperti�.
catachresissalah ungkapKesusasteraanPuisiPenggunaan perkataan atau istilah yang tidak kena pada tempatnya. Ada kala ia berbentuk bahasa kiasan yang tidak munasabah. Contohnya, 'dia cerdik macam Pak Pandir' dan nasibnya baik seperti Lebai Malang. Sinonim katakresis .
genregenreKesusasteraanTiadaKategori atau jenis karya sastera mengikut bentuk, teknik atau pokok persoalan. Genre yang dipilih untuk mengklasifikasikan karya sastera adalah pelbagai dan kriteria yang digunakan untuk tujuan klasifikasi berbeza. Dalam sastera Yunani purba, klasifikasi genre ditetapkan oleh Aristotle, seorang ahli teori dan falsafah terkenal, dalam karyanya Poetics merangkumi tiga aspek utama seperti yang berikut: pertama, lirik (watak utama bercakap sendiri), kedua, epik atau naratif (seorang narator bercakap sendiri dan kemudian membenarkan watak lain bercakap), dan ketiga, drama (semua watak bercakap). Dalam sejarah kesusasteraan Barat, dari Zaman Pembaharuan (Renaissance) sehingga pada abad k3-18, genre (ketika ini dikenali sebagai jenis puitika) dianggap suatu bentuk sastera yang tetap dan tidak berubah. Satu lagi klasifikasi genre bermula pada akhir abad ke-18 dan pada awal abad ke-19, apabila pengkritik Jerman membahagikan skema ini kepada tiga, iaitu sajak, novel dan drama. Kini, pengkritik sastera moden memperkukuh dan memperkembangkan spesifikasi ini dengan merangkumi semua genre sastera seperti epik, tragedi, komedi, satira dan lirik. Antara genre baharu yang dilahirkan ialah biografi, esei dan kajian sastera. Setiap genre mempunyai ciri-ciri tersendiri dan boleh diklasifikasikan mengikut subgenre. Contohnya ialah novel warkah, haiku, dan cerita detektif. Genre berasal daripada perkataan Perancis genre bermaksud �jenis dan macam�. Lihat juga biografi, cerita detektif, drama, epik, haiku, novel, puisi, satira, tragedi.
teka-tekiteka-tekiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing)

Kembali ke atas