Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi se-nyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar; ~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~, di dlm bagai hem-pedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = air ~ air manis yg terdapat dlm bunga atau dlm sarang lebah; manisan. 2 ki manis serta menarik sekali: senyum ~ senyum yg manis sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
madu (kata nama)
Bersinonim dengan manisan lebah, manisan, nira, sari, nektar, misan.,

Puisi
 

Sayang ke laut memedil burung,
     Madu kelapa di dalam puan;
Tujuh laut sembilan gunung,
     Saya tak lupa denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Laut madu berpantaikan sakar (= gula).

Bermaksud :

Perkataan yang manis yang keluar dari mulut orang yang baik rupa.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
honeynetrangkaian umpan maduTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRangkaian sistem yang menyerupai rangkaian sistem sebenar yang direka bentuk untuk memerangkap kod atau pengguna hasad. Rangkaian sistem ini mungkin diisi data palsu dengan tujuan merekodkan kaedah penggodaman dan mengumpul bukti pencerobohan terhadap penggodam. Lihat juga umpan madu.
honeypotumpan maduTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSistem yang menyerupai sistem sebenar yang direka bentuk untuk memerangkap kod atau pengguna hasad. Sistem ini mungkin diisi dengan data palsu dengan tujuan merekodkan kaedah penggodaman dan mengumpul bukti pencerobohan terhadap penggodam. Sistem ini dapat membantu pemilik sistem mempelajari dan memperbaik kelemahan yang terdapat pada sistem komputernya. Lihat juga rangkaian umpan madu.
babymoonbulan madu hamilUmumTiadaPercutian santai atau romantis oleh pasangan suami isteri sebelum kelahiran bayi mereka.
honeymoon tourismpelancongan bulan maduPelanconganTiadaAktiviti melancong bagi pasangan suami isteri yang baharu berkahwin dan mempunyai ciri-ciri yang romantik.
honeymoon phasefasa bulan maduKriminologiKeadilan JenayahFasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa.
antitussiveantitusifHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk menahan batuk. Contoh herba ini ialah asam jawa, madu dan limau nipis.
electuarymakjunHerbaTiadaSediaan herba dos oral separa pepejal. Ramuan makjun dibuat daripada serbuk herba, gula, madu atau sirap dan kadangkala diuli dalam bentuk sfera. Makjun biasanya disediakan oleh pengamal perubatan tradisional in situ. Contohnya, makjun tongkat ali.
monolithic catalytic converterpenukar bermangkin monolitikKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang mempunyai bahagian laluan udara yang berbentuk indung madu atau sarang lebah yang diperbuat daripada seramik. Struktur ini menyediakan permukaan yang disaluti unsur pemangkin yang luas. Konfigurasi ini menghasilkan tindak balas kimia gas ekzos yang lebih cekap dan laluan gas ekzos yang lebih lancar dan kurang kehilangan tekanan. Sinonim penukar monolitik Banding penukar bermangkin lapisan berpelet.
herbal pillspil herbaHerbaTiadaSediaan dos oral pepejal herba berbentuk sfera. Pil dibuat daripada satu atau lebih bahan herba dan eksipien seperti madu, lilin dan tepung ubi. Pada masa kini pil jarang-jarang digunakan lagi kerana telah digantikan dengan sediaan tablet.
optical rotationputaran optikHerbaTiadaDarjah atau arah anjakan cahaya terkutub satah apabila melalui bahan kiral, seperti isomer suatu sebatian kimia akan memutarkan cahaya terkutub satah mengikut arah jam dengan simbol + (dekstroputaran) atau melawan arah jam dengan simbol � (levoputaran). Putaran optik ialah kaedah rasmi untuk menentukan kualiti minyak herba dan madu. Contohnya nilai putaran optik bagi minyak serai wangi (�4� hingga +5�, BP), minyak pala (+8� hingga +18�, BP) dan madu (maks.+0.6�, BP).
12

Kembali ke atas