Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hal] | ماهل

Definisi : 1. tinggi harganya, lwn murah: kain jenis itu memang ~; 2. susah hendak men­dapatnya, sukar, tidak mudah, jarang ada: dlm negeri Melaka terlalulah ~ orang yg tahu menulis dan mengarang barang suatu; ~ dibeli, sukar dicari = ~ tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta prb sesuatu yg sangat sukar diperoleh; memahalkan 1. membuat (menjadikan) mahal, menaikkan harga; 2. meletakkan harga yg terlalu tinggi (lebih drpd sepatutnya), meng­hargai lebih drpd sepatutnya; kemahalan 1. kenaikan harga (barang-barang dll), masa barang-barang mahal; 2. bp terlalu mahal; tunjangan ~ Id tambahan kpd gaji disebabkan harga barang-barang mahal; pemahal yg menyebabkan jadi mahal: Ramlah tidak mempedulikan keindahan rupanya kalau hanya sekadar ~ harga dirinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hal] | ماهل

Definisi : tinggi harganya; tidak murah: sungguhpun ~, dibeli juga. memahalkan meninggikan harganya; menaikkan harga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahal (adjektif)
Bersinonim dengan tinggi, melambung, menjulang, meningkat, naik;,
Kata Terbitan : memahalkan, kemahalan,

Puisi
 

Bukanlah mahal harga perabot,
     Tidak ternilai tinggi harganya;
Harta orang jangan direbut,
     Kalau direbut buruk padahnya.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Semahal-mahal gading,
     kalau patah tiada berharga.

Bermaksud :

Betapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slow fashionfesyen malarKesenianTiadaFesyen pakaian yang berkualiti tinggi dan mahal tetapi gayanya tidak mengikut trend semasa. Fesyen ini juga dikenali sebagai fesyen sepanjang zaman dan tiada koleksi baharu yang diperkenalkan secara berterusan.
presidential suitesuite presidenPelanconganTiadaBilik hotel yang mempunyai ruang tamu dan bilik tamu yang dilengkapi dengan peralatan mewah dengan harga yang mahal.
herbal substitutionpenggantian herbaHerbaTiadaPerlakuan sengaja menukarkan bahan mentah herba dengan bahan pemalsu. Lazimnya penggantian herba dilakukan terhadap bahan mentah yang sukar diperoleh dan mahal untuk tujuan mengaut keuntungan yang banyak. Bahan pemalsu yang biasa hadir ialah bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi herba dan bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti. Campur palsu ini dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan assai. Contohnya, akar tongkat ali digantikan dengan bahagian batangnya.
fine dining restaurantrestoran hidangan pesonaPentadbiran PerniagaanTiadaRestoran yang mempunyai suasana yang eksklusif dan formal serta penyediaan hidangan disajikan oleh pramusaji dengan layanan istimewa. Lazimnya harga hidangan adalah mahal.
fine dininghidangan pesonaPentadbiran PerniagaanTiadaBerkaitan dengan hidangan yang disediakan di restoran yang mempunyai suasana yang eksklusif dan formal serta penyediaan hidangan disajikan oleh pramusaji dengan layanan istimewa. Lazimnya harga hidangan adalah mahal.
deliberate adulterationcampur palsu secara sengajaHerbaTiadaPerlakuan sengaja mencampurkan atau menggantikan bahan mentah atau sediaan herba tulen atau kurang berkualiti dengan bahan pemalsu. Campur palsu dilakukan untuk mengurangkan kos pemprosesan sediaan herba yang sukar diperoleh atau mahal, menopengi bahan mentah yang kurang berkualiti dan meningkatkan keberkesanan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi herba, bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti, bahan kimia dan ubat sintetik. Campur palsu ini boleh dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri.
palimpsestpalimpsesKesusasteraanTiadaSekeping bahan tulisan seperti kulit yang dipadamkan tulisannya yang awal. Bahan tulisan ini digunakan semula sehingga sering kali berlaku inskripsi yang bertindan atau berlapis kerana tulisan awalnya tidak dipadamkan sepenuhnya. Keadaan ini berlaku kerana bahan tulisan amat mahal dan sukar diperoleh. Kini, istilah ini merujuk kepada sesebuah karya sastera yang mempunyai banyak lapis makna.
starter feedmakanan permulaanPerikananTiadaMakanan formulasi ternakan dalam saiz yang halus dan kecil dan kebiasaannya dalam bentuk peroi. Makanan permulaan digunakan pada peringkat awal ternakan di dalam kolam atau sangkar. Kandungan nutrisi bagi makanan ini lebih tinggi berbanding pada peringkat lain ternakan dan harganya juga lebih mahal.
substitute goodsbarang penggantiEkonomiTiadaBarang yang boleh diganti dengan barang lain berdasarkan fungsi barang itu kepada pengguna. Misalnya, teh dan kopi adalah dua barang pengganti yang boleh saling tukar dari segi fungsi penggunaannya, iaitu untuk minuman. Permintaan terhadap sesuatu barang akan bertambah jika harga barang penggantinya meningkat kerana pengguna yang rasional akan mengalihkan penggunaannya daripada barang yang mahal harganya kepada barang yang murah harganya. Barang ini mempunyai keanjalan silang yang positif.

Kembali ke atas