Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hir] | ماهير

Definisi : terlatih utk mengerjakan sesuatu, ce­kap, lancar, pandai: orang Cina itu masih belum ~ berbahasa Melayu; memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: agak sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian ter-tentu, spt kreativiti atau kemahiran meng-gunakan komputer; penguasaan bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah bahasa; memahirkan melatih seseorang supaya ce­kap, mempelajari dgn sungguh-sungguh supaya mahir: pelajar akan didedahkan pd latihan yg dapat ~ mereka dlm menghadapi peperiksaan sebenar; kemahiran kecekapan, kepandaian: ~ Fer-nando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; berkemahiran mempunyai kemahiran, ma­hir: dan tentu ramai calon di situ yg lebih ~, lebih layak, fikirnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hir] | ماهير

Definisi : cukup cekap serta terlatih mengerjakan sesuatu; pandai serta lancar melakukan sesuatu: Kebanyakan mereka ~ berbahasa Melayu. memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: Mudah baginya kerana dia ~ bidang tsb. memahirkan mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya mahir; melatih diri supaya mahir: Dia ~ diri dlm bahasa Inggeris. kemahiran kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.

Bermaksud :

Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
semi-skilled labourburuh separuh mahirEkonomiTiadaBuruh yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperoleh daripada pengalaman bekerja dan/atau latihan separuh profesional. Buruh separuh mahir berbeza daripada buruh mahir dari segi kepakaran, iaitu kepakaran yang dimiliki tidaklah begitu khusus dan memerlukan proses pembelajaran atau latihan yang lebih rumit dan yang lebih lama memakan masa. Misalnya, mekanik kereta, juruteknik, dan jurukimpal.
state craftmahir urus negaraSains PolitikPolitik PerbandinganlImu atau kemahiran dalam pengurusan pemerintahan, kepimpinan atau politik. Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seorang pemimpin menguruskan negaranya dengan cekap, berkesan, adil, bersih dan bijaksana. Machiavelli seorang tokoh falsafah politik telah memperkenalkan istilah mahir urus negara ini. Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat dianggap sebagai memiliki kemahiran urus negara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
skilled labourburuh mahirEkonomiTiadaBuruh yang mempunyai kepakaran khusus yang diperoleh daripada latihan profesional dalam bidang tertentu. Misalnya, jurutera, juruterbang, dan arkitek.
mixologistjuruadun minumanPentadbiran PerniagaanTiadaOrang yang mahir dalam mencampurkan koktel dan minuman lain.
celebrity chefcef selebritiUmumTiadaTukang masak mahir yang telah mencapai kemasyhuran dan pengiktirafan awam.
technocracyteknokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang dilaksanakan oleh golongan mahir atau masyarakat yang ditadbir oleh segolongan pakar yang arif dalam bidang masing-masing. Dalam pemerintahan, golongan ini diberi tanggungjawab besar untuk merancang dan melaksanakan pemerintahan negara. Dengan itu, ia tidak terpilih atau dilantik atas dasar undi popular atau sokongan ramai. Contohnya ialah sistem pentadbiran yang diamalkan di Amerika Syarikat yang melantik tokoh teknokrat yang terkenal di negara tersebut untuk memegang jawatan penting dalam pemerintahan.
subprofessional groupkumpulan subikhtisasSains PolitikPolitik PerbandinganKumpulan separa profesional atau separuh mahir dalam sesuatu bidang atau organisasi. Dalam organisasi, kumpulan ini membentuk sebahagian besar daripada golongan pekerja. Kelompok ini tidak memiliki kemahiran yang tinggi tetapi tetap diperlukan sebagai kakitangan sokongan yang penting. Contohnya, golongan pembantu tadbir.
problem solving therapyterapi penyelesaian masalahPerubatanPsikiatriRawatan yang diberikan kepada pesakit yang kurang mahir untuk menyelesaikan masalah kehidupan, terutama pesakit yang mengalami kemurungan, skizofrenia atau gangguan mental yang lain.
cyber kid clubkelab kanak-kanak siberPendidikanTiadaPerkumpulan atau persatuan yang ahli-ahlinya terdiri daripada kanak-kanak yang mahir dengan teknologi komputer.
cyber kid clubkelab kanak-kanak siberPendidikanTiadaPerkumpulan atau persatuan yang ahli-ahlinya terdiri daripada kanak-kanak yang mahir dengan teknologi komputer.
12

Kembali ke atas