gag order | perintah larang suara | Undang-undang | Tiada | Satu perintah awal yang dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi untuk menjalankan kuasa yang merangkumi larangan terhadap sebarang kata-kata, komen, perbincangan atau kenyataan termasuk rujukan kepada sebarang komunikasi secara bertulis atau tidak bertulis sementara menunggu pelupusan muktamad perbicaraan sesuatu kes. |
court bond | bon mahkamah | insurans | Tiada | Bon yang diperlukan oleh seseorang yang terlibat dalam dakwaan untuk membolehkannya ia mendapatkan haknya di mahkamah. |
bail bond | bon jaminan | insurans | Tiada | Bon mahkamah yang memberi jaminan bahawa orang yang dijamin akan menghadirkan diri di mahkamah seperti yang dikehendaki. |
local valuation court | mahkamah penilaian tempatan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
habeas corpus | habeas corpus | Sains Politik | Politik Perbandingan | Prosedur yang dilaksanakan terhadap seseorang yang dituduh, diadili, disabitkan kesalahan atau dibebaskan. Mahkamah mempunyai kuasa memberi mandat kepada pihak berkuasa untuk menjalankan pertuduhan ini. Melalui habeas corpusiini, seseorang yang ditahan itu berhak mendapatkan khidmat peguam dan dibawa ke meja pengadilan. Sebarang tahanan tanpa perbicaraan dianggap salah dan melanggar undang-undang. Dengan ini, dapat mengelakkan tertuduh daripada dipenjara tanpa arahan mahkamah. Tuntutan ini boleh dikemukakan oleh tertuduh sendiri, keluarganya atau pihak ketiga. |
judiciary bond | bon judisiari | insurans | Tiada | lih. bon mahkamah. |
praetor | praetoria | Sains Politik | Politik Perbandingan | Jawatan yang wujud pada zaman Rom (300- 242 SM) sebagai anggota lembaga pemerintah yang kemudiannya berperanan seperti majistret mahkamah. Jawatan ini berkembang menjadi dua praetor iaitu praetor bandar yang mengadili konflik antara penduduk-penduduk bandar dan praetor peregrinus iaitu praetor yang menguruskan konflik antara penghijrah atau orang luar yang berada di bandar tersebut. Praetor bandar ini kadangkala memangku jawatan praetor peregrinus apabila praetor tersebut terpaksa mengetuai tentera ke medan perang. Walaupun menguruskan tugas pengadilan di mahkamah, praetor ini turut berperanan menguruskan permainan awam. |
legal hazard | bahaya undang-undang | insurans | Tiada | Peningkatan kemungkinan berlakunya kerugian disebabkan tindakan mahkamah. |
fiduciary bond | bon fidusuari | insurans | Tiada | Bon yang dilaksanakan oleh seorang wakil yang dilantik oleh mahkamah untuk memegang jawatan yang diamanahkan kepadanya bagi menjamin perlaksanaan tanggungjawab yang diberikan. |
litigation bond | bon litigasi | insurans | Tiada | Bon yang diperlukan oleh seseorang yang akan membuat pendakwaan di mahkamah bagi membolehkan beliau memohon ganti rugi. |