pelipur lara (M.) | pelipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Orang yang menuturkan cerita lipur lara. Contoh: Pawang Ana dan Pak Mahmud. |
antonomasia | antonomasia | Kesusasteraan | Tiada | Frasa deskriptif yang berbentuk kiasan bagi menggantikan panggilan nama seseorang. Contoh: "Marhum Mangkat Dijulang" untuk maksud nama khas Sultan Mahmud Johor. |
allegory | alegori | Kesenian | Drama dan Teater | Idea atau konsep abstrak dalam bentuk watak, objek atau lambang untuk memberikan sesuatu pengertian lain yang lebih penting di luar karya. Contohnya, syarat-syarat hantaran peminangan yang diberikan oleh Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud, iaitu tujuh dulang hati nyamuk, tujuh tempayan air mata anak dara dan semangkuk darah putera raja dalam sejarah Melayu. |
epithet | epitet | Kesusasteraan | Tiada | Kata sifat yang dihubungkan dengan nama seseorang atau benda tertentu untuk menunjukkan ciri-ciri khususnya. Kata sifat itu akhirnya menjadi nama julukan seseorang atau benda yang berkenaan. Contoh epitet dalam kesusasteraan Inggeris ditemui dalam frasa �Richard the Lion-Heart�, �Willian the Conqueror�, �Charle the Great�, �The Wine-dark Sea�. Dan �Silver Snarling Trumpets�, Contoh epitet dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam frasa kata sifat seperti �Sultan Mahmud Mangkat Dijulang�. �Tun Fatimah Srikandi Bangsa�, �Hang Jebat Derhaka�, �Mahligai Tujuh Tingkat�, dan sebagainya. Dalam sastera Arab, nama Fatih al-Andalus khusus untuk nama julukan Tariq ibn Ziyad, manakala dalam sastera Parsi, Azraq-i Pushan merujuk kepada nama ahli sufi. Epitet juga dikenali sebagai julukan rujukan. Lihat juga nama julukan. |
occasional poems | puisi peristiwa | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang dicipta untuk merakamkan sesuatu peristiwa seperti hari jadi, perkahwinan, sejarah, kemenangan, dan kematian. Puisi peristiwa dianggap puisi ringan namun kadangkala serius. Contohnya, dalam sajak berjudul Easter 1916� oleh Yeats dan �Lycidas� oleh Milton. Contoh lain ditemui dalam sajak berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang, dan �Jerkah Setinggan 72� oleh A. Samad Said. Dalam sastera Arab, puisi peristiwa ditemui dalam sajak �Projek Berkaki Ayam� oleh �Abd al-Hamid al-Dib, manakala dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada sajak �Kemangkatan Sultan Mahmud� oleh Shavvaf. |
al-muwashshaḥah | al-muwashshaḥah | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashshaḥah menggunakan istilah baharu yang belum pernah digunakan oleh penyair Arab sebelumnya. Antaranya ialah matla’, dawr, simt, ghusn, qufl, dan kharjah. Puisi ini mula menonjol pada zaman pemerintahan Amir Abdullah ibn Muhammad al-Marwani, sekitar akhir abad ketiga Hijrah atau kesembilan Masihi. Dua orang penyair yang meletakkan asas puisi ini ialah Muhammad ibn Mahmud al-Qabri al-Darir dan Muqaddam bin Mu`afa al-Qabri.,Puisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashsha |
novel | novel | Kesusasteraan | Tiada | Fisyen yang menampilkan watak, plot, latar, peristiwa dan sudut pandangan secara tersusun. Novel dibangunkan untuk memaparkan pertikaian, ketegangan dan konflik yang biasanya dileraikan pada akhir cerita. Kisah atau cerita dalam novel agak panjang, biasanya melebihi 5000 patah perkataan. Ada pelbagai jenis novel antaranya, novel gotic. Pikares, picisan, psikologi, romantik dan lain-lain. Antara kategori novel ialah novel dewasa, remaja dan kanak-kanak. Novel mengetengahkan tema yang pelbagai, biasanya mengandungi unsur pengajaran. Contoh novel ialah Hujan Sudah Teduh oleh Zaharah Nawawi, antara Dendam dan Perjuangan oleh Ali Jusuh dan novel Sultan Baginda oleh Shahnon Ahmad. Contoh novel dalam bahasa Arab ialah Shajarat-al-Bu�s olehTaha Husayn dan Salwa fi Mahabb al-Rih oleh Mahmud Taymur, novel Parsi ialah Nun va al-Qalam oleh Jalal al-i Ahmad, dan novel Turki ialah Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk. Novel berasal daripada perkataan Inggeris novel bermaksud �baharu�, atau novella dalam bahasa Itali b |