ideogram | ideogram | Kesusasteraan | Puisi | Imej atau gambaran wawasan pengarang yang terungkap sama ada secara tersurat mahupun tersirat dalam sesuatu diksi, frasa mahupun kalimat sesebuah puisi. Sebagai contoh pengungkapan imej ideogram ini dapat dilihat pada puisi "Pak Utih" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang. |
perbilangan | perbilangan | Kesusasteraan | Puisi | Susunan bentuk kata, frasa mahupun baris yang mengisahkan sesuatu maksud. Walaupun bentuk perbilangan berangkap tetapi biasanya tidak terikat dengan jumlah kata dalam setiap baris. Ada kalanya berirama dan ada kalanya tidak. Kebiasaannya setiap rangkap yang dibina itu dapat memancarkan keseluruhan pemikiran. Contohnya, perbilangan adat di bawah. Usang-usang diperbaharui Lapuk-Iapuk dikajangi Yang elok dipakai Yang buruk dibuang Kalau singkat mintak disambung Kalau panjang mintak dikerat Kalau koyak mintak ditampal |
pause | jeda | Kesusasteraan | Puisi | Proses pembacaan sama ada senyap mahupun kuat terutama sewaktu mendeklamasikan puisi. Lazimnya jeda bermaksud pemberhentian seketika arus penuturan atau pendeklamasian sesuatu baris puisi. Ini bertujuan untuk menandakan batas hubungan antara bahagian perkataan, frasa atau kalimat yang terdapat dalam sesuatu baris itu. Jeda juga memberikan ruang kepada seseorang penqeklamasi mengambil nafas terutama apabila mendeklamasikan sesuatu kalimat yang panjang. Dalam hal ini apabila seseorang pembaca itu salah meletakkan jeda, kesannya boleh merubah makna puisi yang dideklamasikan. |
poem | sajak | Kesusasteraan | Puisi | Karya-karya puisi, sama ada tradisional mahupun moden. Contohnya, puisi " Kumai" dan "Daerah Kenangan" dalam antologi Puisi Sepanjang Zaman karya T. Alias Taib. Sajak mempunyai dua pengertian yang berbeza iaitu makna umumnya suatu jenis karangan berangkap baik pantun atau syair dan lain� lain, manakala makna khususnya terdiri daripada suatu jenis karangan berangkap cara baharu dalam bahasa Melayu, keadaannya seakan-akan gurindam dan seloka pada bentuk luarnya tetapi berlainan pada isi dan rasa keseniannya dengan beberapa sifat yang tertentu. |
biduan | biduan | Kesusasteraan | Puisi | Penyanyi yang menyanyikan sama ada pantun, syair mahupun gurindam dalam sastera tradisional. Peranannya untuk menghiburkan tetamu dalam sesuatu adat istiadat. |
inexact rhyme | rima tak tepat | Kesusasteraan | Puisi | Pembentukan bunyi rima awal, rima tengah mahupun rima akhir tidak tepat ataupun sumbang. Contohnya, seperti pantun di bawah. Ramai orang pergi menjala, Bawa bakul berserta sumpit; Jagalah diri jangan tercela, Rosak nama bangsa terpalit. |
COVID virgin | nir-COVID | Umum | Tiada | Individu yang tidak mempunyai virus COVID-19 mahupun sebarang vaksin untuk virus tersebut. |
intellectual imagery | citraan intelektual | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran keintelektualan seseorang tokoh sama ada sasterawan negara mahupun budayawan, dan lain-lain terutama yang berhubung dengan pemikiran dan pandangan falsafahnya. Umpamanya pemikiran intelektual Muhammad Iqbal sering dicitrakan dalam bentuk puisi. |
otiose | boros gaya | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan bahasa yang tidak terkawal. Sama ada kata, frasa, kalimat mahupun pembinaan baris sewaktu mengungkapkan pemikirannya. |
monologue | ekacakap | Kesusasteraan | Puisi | Pertuturan yang dilakukan oleh seorang watak sama ada ia ditujukan kepada dirinya sendiri mahupun kepada pembaca. Sebenarnya dalam puisi, penggunaan unsur monolog jarang ditemui kerana dalam puisi penyair jarang memunculkan watak. Walau bagaimanapun sesebuah puisi yang telah diciptakan itu ialah hasil daripada monolog penyair setelah berhadapan dengan sesuatu peristiwa. Contohnya, dalam puisi "Pengantin Laut" dan "Aku Nelayan" karya J.M. Aziz. Sinonim monolog. |