Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ji.kan] | مجيکن

Definisi : orang yg mengambil satu atau lebih pekerja, induk semang: pekerja perusahaan itu tidak mendapat perhatian langsung drpd ~nya; kaum ~ pihak yg mengambil pekerja; bermajikankan mempunyai seseorang, se­sebuah syarikat atau sesebuah badan sbg majikan: dia berasa beruntung kerana dapat ~ orang yg baik hati dan bertimbang rasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ji.kan] | مجيکن

Definisi : orang atau badan yg mengambil orang lain utk bekerja; orang atau badan yg memberi pekerjaan: kaum ~ pihak yg memberikan pekerjaan atau yg mengusahakan sesuatu perusahaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majikan (kata nama)
1. Dalam konteks individu
bersinonim dengan ketua bos, pemilik, tuan punya, pemunya, empunya, tuan, tauke,

2. Dalam konteks syarikat
bersinonim dengan firma, organisasi, perbadanan, pertubuhan, lembaga, majlis, institusi, badan, yayasan, persatuan, kesatuan, konsortium,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
employer fraudfraud majikanUndang-undangTiadaPerbuatan menipu oleh majikan dengan memberikan gambaran yang salah secara lisan atau bertulis tentang pekerja seperti maklumat palsu mengenai keselamatan pekerjaan, gaji, kenaikan pangkat, atau risiko kesihatan.
employer's liability insuranceinsurans liabiliti majikaninsuransTiadaInsurans yang melindungi liabiliti majikan terhadap pekerja yang disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang disabit dengan pekerjaan.
employer's non ownership liability coverageperlindungan liabiliti bukan milik majikaninsuransTiadaPerlindungan insurans yang melindungi majikan terhadap liabiliti yang timbul berikutan penggunaan kereta persendirian untuk urusan syarikat.
employee insuranceinsurans pekerja pentinginsuransTiada1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. 2. Dalam insurans kesihatan, istilah ini digunakan juga untuk menunjukkan Insurans Gaji Berterusan atau pelan faedah perubatan yang dibayar kepada pekerja penting dengan premium dibiayai sepenuh atau sebahagiannya oleh majikan.
fidelity bondbon setiainsuransTiadaBon yang melindungi majikan daripada kerugian disebabkan ketidakjujuran pekerjanya.
toolbox meetingtaklimat keselamatanPengurusanTiadaTaklimat ringkas oleh majikan untuk memberikan maklumat, latihan dan program kesedaran keselamatan kepada pekerja.
quiet firingpemecatan senyapPentadbiranTiadaSituasi dalam pekerjaan apabila majikan mewujudkan keadaan persekitaran kerja yang tidak kondusif dan menyusahkan pekerja sehingga menyebabkan pekerja membuat keputusan untuk berhenti kerja atas kerelaan sendiri.
master policypolisi indukinsuransTiada1. Kontrak yang dikeluarkan kepada majikan atau entiti yang dibenarkan oleh undang-undang bagi sesuatu pelan insurans kumpulan. 2. Insurans harta yang dikeluarkan kepada insured untuk membolehkannya mengeluarkan sijil perlindungan bagi melindungi harta orang lain.
blanket position bondbon kedudukan sarwainsuransTiadaBon yang memberi pelindungan kepada majikan akibat kerugian yang disebabkan ketidakjujuran pekerja. Amaun maksimum yang berbayar bagi penggelapan wang ialah amaun muka yang didarabkan dengan bilangan pekerja yang terlibat.
blanket fidelity bondbon kesetiaan sarwainsuransTiadaBon yang memberi perlindungan kerugian kepada majikan akibat tindakan ketidakjujuran pekerja.
12345

Kembali ke atas