Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hidup dgn tidak membuat apa-apa pekerjaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hidup dgn tidak membuat apa-apa kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pisang kelat masak inti,
     Jatuh ke tanah makan semut;
Tidur sekejap masuk mimpi,
     Mimpi bertukar kain selimut.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Air diminum terasa duri,
     nasi dimakan terasa sekam.

Bermaksud :

Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lullabydodoiKesusasteraanTiadaLagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul.
activity of daily livingaktiviti hidup harianKejururawatanTiadaAktiviti normal yang dilakukan dalam kehidupan harian seseorang individu yang sihat. Menurut Virginia Henderson, aktiviti tersebut terbahagi kepada 14 seperti yang berikut, iaitu: (a) bernafas secara normal (b) makan dan minum secukupnya (c) perkumuhan secara normal (d) bergerak bebas dan mengekalkan postur yang betul (e) tidur dan rehat (f) berpakaian yang sesuai (g) pengekalan suhu badan normal (h) kebersihan dan keterampilan diri, dan melindungi kulit (i) mengekalkan keselamatan diri (j) berkomunikasi dan meluahkan emosi (k) mengamalkan kepercayaan agama (l) kepuasan diri (m) mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi (n) belajar dan sifat ingin tahu untuk memenuhi kepuasan perkembangan, dan kesihatan
magical realismrealisme magisKesusasteraanTiadaKaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya dengan kepercayaan, adat resam, sastera rakyat, dan mitosnya yang dibauri oleh elemen magis dan keajaiban. Realisme magis terus menapak dalam tradisi sastera Amerika Latin, walaupun penulis dari negara lain juga memaparkan realisme magis dalam karya mereka. Antara contoh terpenting yang menerapkan realisme magis ialah novel berjudul Cien Anos de Soledad atau One Hundred Years of Solitude oleh novelis Colombia Gabriel Garcia Marquez yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan judul Sumpah Tujuh Keturunan oleh Zulkifli Ahmad. Novel ini memasukkan pelbagai peristiwa seperti anak kecil yang makan lumpur, watak yang terbang ke syurga, wabak sukar tidur, kealpaan yang meluas dalam kalangan penduduk sebuah masyarakat sehingga setiap benda perlu ditulis namanya untuk ingatan semua. Di luar Amerika Latin, penulis yang mengamalkan realisme magis termasuklah Gunter Grass, Angela Carter, John Fowles, Emma Tennant dan lain-lain. Contoh realisme magis dalam sastera Melayu ditemui dalam karya Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Hj. Muhammad dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga cerita seram, novel, novel gotik.

Kembali ke atas