Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
advanced ratingpenarafan awalKomunikasiTiadaProses mendapatkan maklum balas mengenai sesebuah penerbitan yang belum dijadikan rancangan sepenuhnya. Penerbitan itu didedahkan kepada sekumpulan khalayak untuk memperoleh maklum balas mengenainya. Tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan oleh pihak stesen bergantung kepada keputusan maklum balas tersebut.
interruption feedbackmaklum balas langsungKomunikasiTiadaMaklum balas yang diterima daripada khalayak semasa rancangan sedang disiarkan.
survey feedbackmaklum balas tinjauanPendidikanTiadaMaklum balas yang diperolehi melalui tinjauan.
informative feedbackmaklum balas informatifPendidikanTiadaMaklum balas terhadap prestasi pelajar yang memberi maklumat tentang pencapaian dan memandu mereka untuk meningkatkannya.
non-evaluative feedbackmaklum balas bukan penilaianPendidikanTiada

 Maklum balas yang berfokuskan fakta dan kriteria yang objektif.

circuit timemasa maklum balasPendidikanTiadaMasa yang diambil oleh guru untuk memberi maklum balas tentang tugasan, soal jawab dan sebagainya kepada pelajar dalam sistem pendidikan jarak jauh.
self-mailermel jawab balikKomunikasiKorporatKaedah mendapat reaksi atau maklum balas secara bercetak mengenai sesuatu maklumat pemasaran yang diedarkan kepada pelanggan. Caranya adalah dengan menggunakan sekeping kad jawapan yang telah tercatat alamat syarikat dan bersetem untuk memudahkan pelanggan memberikan maklum balas. Kaedah ini mempercepat proses pengumpulan maklum balas terutama dalam kajian tinjauan pemasaran.
user feedbackmaklum balas penggunaTeknologi MaklumatTiadaUlasan, teguran atau reaksi yang disampaikan oleh pengguna terhadap prestasi sistem komputer atau perkhidmatan komputer kepada pihak pengurusan sistem dengan tujuan untuk meningkatkan keupayaan sistem atau kualiti perkhidmatan. Contohnya dalam pembangunan sistem maklumat, pembangun mendapatkan maklum balas pengguna berkaitan reka bentuk dan kemesraan antara muka pengguna.
business replyjawapan perniagaanKomunikasiKorporatKaedah mendapatkan maklum balas daripada khalayak atau pengguna sesuatu barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi. Kaedah ini menggunakan kad yang telah dicetak dengan senarai jawapan untuk dipilih oleh pelanggan. Kadangkala, kad ini disertakan dengan setem bagi memudahkan pelanggan atau pengguna memberikan maklum balas dan mengembalikan semula kad jawapan tersebut kepada organisasi. Kad ini boleh direka bentuk dalam pelbagai format dan ditulis dengan pelbagai cara. Penggunaan kad jawapan perniagaan ini berkesan dan murah. Selain itu, kad jawapan juga boleh digunakan sebagai alat untuk memantau pendapat pengguna dalam kajian pasaran.
facial feedbackmaklum balas mukaPsikologiPsikologi UmumMalumat tentang kedudukan otot muka yang dihantar melalui saraf kranium muka ke otak tentang emosi yang dilahirkan. Contohnya, otot muka individu yang menguntum senyum akan dibawa ke otak oleh saraf kranium muka yang boleh diinterpretasikan sebagai sedang bergembira, sebaliknya individu yang menggertap gigi akan dibawa ke otak untuk diinterpretasikan sebagai seseorang yang sedang marah. Maklum balas muka boleh mempengaruhi keadaan emosi yang boleh menjejaskan niat seseorang untuk bertindak secara berlainan. Contohnya, individu yang bersedih, ototnya akan turut terlibat sehingga apabila disuruh senyum individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk senyum dengan sempurna. Begitu juga apabila seseorang itu berada dalam keadaan ceria, sebarang perkara yang melucukan akan membuatkan individu itu lebih mudah untuk ketawa.
12345678910...

Kembali ke atas