Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.lu.mat]/[ma/.lu.mat][me.ma/.lu.mat.kan] | معلومت

Definisi : 1. makluman, pemberitahuan, pengumuman: ~ akan diberikan di dlm risa-lah; 2. keterangan, butir-butir: ~-~ mengenai angkatan perang telah sampai ke Yedo dr Okinawa; 3. pengetahuan: utk ~ ahli-ahli saham syarikat, mesyuarat agung tahunan ditangguhkan; memaklumatkan memberitahukan, memak­lumkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.lu.mat]/[ma/.lu.mat][me.ma/.lu.mat.kan] | معلومت

Definisi : 1 keterangan atau butir-butir mengenai sesuatu: Kita tidak menerima ~ ttg penuntut-penuntut itu. 2 pengetahuan: Utk ~ tuan-tuan, mesyuarat khas akan diadakan besok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative data and product informationdata pentadbiran dan maklumat produkHerbaPeraturan dan PemasaranMaklumat atau butiran produk yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran produk herba seperti maklumat produk, maklumat formula produk, maklumat pembungkusan, dan maklumat lain yang berkaitan.
community health information network (CHIN)rangkaian maklumat kesihatan komuniti (CHIN)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem antara organisasi yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyimpan, menghantar dan memindahkan maklumat klinikal dan kewangan. Maklumat ini boleh dikongsi dalam kalangan hospital, klinik, farmasi dan agensi kesihatan yang berkaitan.
accreditation authoritypihak berkuasa akreditasiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPihak berkuasa yang mengakreditasi penggunaan sistem rangkaian komputer dalam memproses maklumat termasuk maklumat yang sensitif dalam persekitaran yang dibenarkan.
information pollutionpencemaran maklumatTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaPencemaran yang disebabkan oleh bekalan maklumat yang tidak relevan, berlebihan, salah serta kurang kualiti.
Regional Health Information Organization (RHIO)Organisasi Maklumat Kesihatan Serantau (RHIO)Teknologi Maklumate-KesihatanKumpulan negara serantau yang berkongsi maklumat penjagaan kesihatan secara elektronik berdasarkan piawaian teknologi maklumat kesihatan (HIT) yang diiktiraf. Kumpulan ini berkongsi maklumat secara menyeluruh antara agensi kerajaan dengan swasta dalam sesebuah negara yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama komunikasi dan inovasi teknikal untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan serantau.
steganographysteganografiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerBidang ilmu yang berkaitan dengan penyembunyian maklumat di samping maklumat biasa yang lain. Contohnya penyembunyian teks dalam fail meja.
user profileprofil penggunaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerMaklumat pengguna yang dirakam oleh sistem pengendalian semasa pengguna sistem komputer. Maklumat ini termasuk aktiviti dan arahan yang sering dijalankan oleh pengguna. Maklumat ini boleh digunakan untuk menyahihkan identiti pengguna apabila terdapat keraguan terhadap identitinya.
health information exchange (HIE)pertukaran maklumat kesihatan (HIE)Teknologi Maklumate-KesihatanProses pergerakan dan perkongsian maklumat kesihatan secara dalam talian merentasi pelbagai organisasi. Proses ini akan menambah baik koordinasi penjagaan kesihatan dengan memberikan maklum balas maklumat penjagaan kesihatan yang terkini. Proses ini juga dapat meningkatkan kelajuan, kualiti, keselamatan dan kos penjagaan pesakit.
clinical information system (CIS)sistem maklumat klinikal (CIS)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang direka bentuk untuk mengumpul, menyimpan dan mengubah maklumat klinikal yang sedia ada bagi menambah baik proses perkhidmatan penjagaan kesihatan. CIS bukan sahaja terhad kepada sistem makmal atau sistem pengurusan elektrokardiogram (ECG), tetapi juga meliputi semua aspek maklumat klinikal seperti rekod kesihatan elektronik (EHR). CIS juga menyediakan repositori data klinikal yang berupaya memberikan maklumat kepada pengamal perubatan mengenai keadaan pesakit, pilihan rawatan, status keputusan dan juga langkah yang perlu diambil.
quishingpancing data kod QRTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaCubaan untuk memperdayakan seseorang dengan menggunakan kod QR bagi mendapatkan maklumat peribadi dan maklumat kewangan. Sinonim QR code phishing.
12345678910...

Kembali ke atas