character-based phylogenetic method | kaedah filogenetik berasaskan aksara | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teknik berasaskan kepada aksara pada setiap jujukan yang dijajarkan untuk pentaabiran pepohon genetik. Contoh kaedah ini ialah parsimoni maksimum dan kebolehjadian maksimum. Lihat juga parsimoni maksimum, kebolehjadian maksimum. |
maximum torque | kilasan maksimum | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Daya putaran maksimum yang dijana oleh enjin pada pemasaan pencucuhan yang optimum. Kilasan ini diukur menggunakan dinamometer yang menghasilkan graf kilasan-kelajuan. Dengan menggunakan graf ini, nilai maksimum diambil sebagai kilasan bersih dan kelajuan yang menghasilkan nilai ini direkod. |
most-parsimonious reconstruction (MPR) | pembinaan semula paling parsimoni (MPR) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pembinaan pepohon filogenetik menggunakan kaedah parsimoni maksimum. Lihat juga parsimoni maksimum. |
maximum value insurance | insurans nilai maksimum | insurans | Tiada | Sistem yang digunakan dalam insurans kebakaran untuk beberapa peniaga yang jumlah diinsuranskan ke atas stok merupakan amaun maksimum berisiko. Diskaun untuk premium dibenarkan tetapi tidak ada penyelarasan dibuat jika nilai stok lebih rendah daripada nilai maksimum. |
possible maximum loss | kerugian maksimum munasabah | insurans | Tiada | Amaun maksimum kerosakan yang dibayar oleh pengunderait dalam keadaan yang paling buruk untuk sesuatu kerugian seperti kebakaran atau ribut taufan. Bandingkan dengan takrif "probable maximum loss". |
probable maximum loss | kerugian maksimum mungkin | insurans | Tiada | Jumlah kerugian maksimum yang dianggarkan akan berlaku bagi sesuatu peristiwa yang dianggap di dalam lingkungan kebarangkalian. Ia tidak mengambil kira peristiwa kebetulan yang munasabah tetapi tidak mungkin berlaku. |
maximum retrospective premium | premium retrospektif maksimum | insurans | Tiada | Amaun maksimum yang perlu dibayar oleh insured di bawah pelan pengkadaran retrospektif, tanpa mengira amaun kerugian sebenar. |
maximum static friction | geseran statik maksimum | Sains Sukan | Biomekanik | Jumlah maksimum geseran yang terhasil di antara dua permukaan statik. |
maximum possible loss | kerugian munasabah maksimum | insurans | Tiada | lih. kerugian maksimum munasabah. |
maximum probable loss | kerugian mungkin maksimum | insurans | Tiada | lih. kerugian maksimum mungkin. |