determinacy | ketetapan | Kesusasteraan | Tiada | Kestabilan sesuatu teks yang bersandarkan ketetapan. Ada lima ketetapan, iaitu pertama, bahasa boleh mengungkap maksud yang stabil. Kedua, maksud yang tersirat dalam sesebuah teks bersandarkan kepada konteksnya. Ketiga, maksud yang disampaikan dalam teks dikawal oleh penulis. Keempat, sesebuah karya mempunyai struktur tertentu dan pasti berakhir dengan penutupan, dan kelima, kritikan sastera hanyalah aktiviti sampingan dalam penghayatan karya tersebut. Kelima-lima ketetapan ini mementingkan aspek menyeluruh yang mengesahkan kepentingan diri dan kehendak manusia. Kepentingan ketetapan untuk menghayati sesuatu karya mula diancam dengan perkembangan teori strukturalisme dan pascastrukturalisme. Kestabilan yang diketengahkan dengan ketetapan mula dipersoalkan. Hal ini menyebabkan maksud sesuatu teks sukar dipastikan, dan akhirnya menimbulkan keraguan terhadap erti sebenar karya. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu persatu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim’s Progress oleh John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan seorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan de |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu per satu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim & Progress olah John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan sorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan dengan t |
ambiguity | ambiguiti | Kesusasteraan | Tiada | Penjamakan makna yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Perkataan, frasa, ayat atau idea boleh memiliki atau menghasilkan lebih daripada satu maksud atau berbilang maksud, sehingga maksudnya yang sebenar menjadi kabur atau tidak dapat dipastikan dengan tepat. Pada awal perkembangannya, kehadiran ambiguiti khususnya dalam puisi tidak disenangi oleh kebanyakan penulis kerana menimbulkan kekaburan. Namun, Willian Empson dalam bukunya Seven Types of Ambiguity (1930) mengatakan bahawa kehadiran ambiguiiti dalam puisi dalam kewajarannya. Ambiguiti dikatakan dapat memperluas cakupan maksud sesebuah puisi kerana kehadirannya memungkinkan pembaca mentafsirkan pelbagai lapisan makna dalam puisi tersebut. Ambiguiti dalam bahasa Latin bermaksud �berubah-ubah� atau �tidak pasti�. Ambiguiti dikenali juga sebagak �ketaksaan�. |
communication process | proses komunikasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu siri tindakan berkongsi maksud melalui penyampaian mesej-mesej yang simbolik. Ia juga membawa maksud satu tindakan perkongsian maklumat antara seseorang dengan orang lain. Proses komunikasi melibatkan tiga aspek utama iaitu, (i) Komunikasi melibatkan manusia yang berhubung antara satu sama lain, (ii) Komunikasi melibatkan maksud yang dikongsi bersama, dan (iii) Komunikasi melibatkan simbol seperti gerakan, bunyi, huruf, nombor dan perkataan. Proses komunikasi secara keseluruhannya terbentuk melalui beberapa bahagian iaitu pengirim (sumber komunikasi), enkod (penukaran mesej kepada beberapa bentuk simbolik), mesej (produk fizikal sebenar yang hendak disampaikan), saluran (satu pengantara yang dipilih untuk memindahkan mesej), dekod (proses menterjemah simbol yang dihantar oleh pengirim kepada penerima dalam bentuk maklumat yang bermakna), penerima (individu yang akan mendekod simbol yang diterima) dan maklum balas (semakan hasil komunikasi). Dalam proses komunikasi terdapat gangguan yang dikenali sebag |
irony | ironi | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: �It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife�. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktur |
reference | rujukan | Kesusasteraan | Tiada | Hubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdi |
paraphrase | parafrasa | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang telah ditulis semula dengan cara mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi tetap mengekalkan maksud atau idea asalnya. Parafrasa biasanya ditulis untuk memperjelaskan lagi maksud karangan asalnya. Sebuah puisi boleh ditulis semula dalam bentuk prosa sebagai sebuah parafrasa untuk memberikan penjelasan tentang bahagian atau rangkap-rangkap yang sukar dalam bentuk puisi itu. |
legal interpretation | tafsiran undang-undang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Proses menentukan maksud sebenar sesuatu dokumen bertulis seperti perlembagaan, statut, kontrak atau wasiat. Tafsiran sesuatu dokumen perundangan adalah penting dalam proses perundangan. Tafsiran undang-undang digunakan apabila sesuatu maksud dokumen perundangan perlu dinyatakan. Tafsiran undang-undang boleh memperincikan hak dan tanggungjawab pihak atau orang yang dinyatakan dalam dokumen perundangan tersebut. Dalam konteks undangundang antarabangsa, tafsiran undang-undang digunakan terhadap triti, perjanjian konsesi antara negara dan pelabur asing, dan ketetapan pertubuhan antarabangsa seperti resolusi Majlis Keselamatan PBB. |