Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma/.yung] | مقيوڠ

Definisi : sj drama tari (yg mempersembah­kan cerita dgn tarian dan nyanyian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma/.yung] | مقيوڠ

Definisi : lakonan ttg cerita-cerita tertentu yg dipertunjukkan dgn nyanyian serta tarian dan juga lawak jenaka (umumnya dlm loghat Kelantan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makyung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
makyungmakyungKesusasteraanTiadaTeater tradisional yang menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung dipercayai berasal daripada istana Patani dan dibawa masuk ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu. Makyung merupakan sebuah teater yang menggabungkan struktur persembahan dengan gaya yang dilebih-lebihkan. Makyung tidak mempunyai prop atau set realistik tetapi hanya menggunakan beberapa peralatan seperti pemiat (ikatan rotan tujuh batang) dan selendang yang boleh mewakili pelbagai benda fizikal. Tempat dan lokasi digambarkan melalui dialog. Pertukaran tempat pula dilambangkan melalui pergerakan pelakon dalam sebuah bulatan dengan iringan lagu barat anjur. Antara cerita yang dipersembahkan oleh makyung ialah Raja Sakti, bongsu sakti, Dewa Muda, Raja Tangkai Hati dan Puteri Timun Muda. /watak utama dalam makyung ialah Pakyung, Makyung, Puteri Peran Tua, Peran Muda, Tok Wok, Jin Gergasi, Jong Dong Dang dan Orang Kampung. Muzik memainkan peranan penting dalam per
makyungmakyungKesenianDrama dan TeaterTeater tradisional yang mengisahkan pengembaraan anak raja menghadapi pelbagai rintangan yang berakhir dengan kebahagiaan. Persembahan makyung menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung popular di Kelantan. Persembahannya bermula dengan upacara ‘buka panggung’ yang diikuti dengan upacara ‘menghadap rebab’.
makyungmakyungMuzikTiada

 Dramatari rakyat yang klasik dan menggunakan muzik vokal dan instrumental, dialog dan tarian untuk mengisahkan sesuatu cerita di Patani dan di Kelantan. Dramatari ini dipersembahkan untuk hiburan dan upacara menyembuhkan pesakit. Cerita asasnya tentang Dewa Muda. Watak penting dalam dramatari ini ialah Pakyung, Pakyung Muda, Mak­yung, Puteri Makyung, Peran Tua, Peran Muda dan Tok Wak. Dramatari ini diiringi ensembel muzik yang terdiri daripada rebab, gendang dan tetawak.

stylised actinglakonan berlebih-lebihanKesusasteraanTiadaLakonan yang berlebih-lebihan terutamanya dalam teater, makyung dan bangsawan. Lakonan ini biasanya terkeluar dariapda lakonan yang bersifat realistik. Lihat juga bangsawan, makyung.
comickomikKesusasteraanTiadaUnsur yang menimbulkan kelucuan dalam karya sastera. Kesan kelucuan biasanya dikaitkan dengan drama komedi. Unsur komik turut ditemui dalam drama tradisional tempatan, iaitu Makyung, Mek Mulung, dan Wayang Kulit yang dibawakan oleh watak peran dan pengasuh. Lihat juga drama satir, makyung.
main puterimain puteriKesusasteraanTiadaUpacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanum
maid servantdayangKesenianDrama dan TeaterWatak wanita yang menjadi orang suruhan dalam istana atau pembantu golongan bangsawan. Dalam persembahan Makyung, dayang dikenali sebagai inang. Sinonimkembang cina.
foolperanKesusasteraanTiadaPelawak atau pemain sandiwara. Watak pelawak digambarkan berkhidmat sebagai teman, pelindung, dan penasihat kepada raja serta putera raja. Dalam makyung, terdapat dua jenis peran, iaitu Peran Muda dan Peran Tua. Peran Tua diberi penghormatan yang setara dengan Semar, iaitu watak lelucon dalam teater tradisional Jawa yang mempunyai kesaktian dan kepintaran. Dengan kelebihan tersebut, Peran Tua menggunakan mantera untuk menguasai alam ghaib bagi melindungi rajanya.
symbolic actionaksi simbolikKesusasteraanTiadaBahagian plot dalam drama atau naratif yang pergerakan fizikal dalam seni persembahannya melambangkan makna tertentu. Contohnya, dalam persembahan makyung, gerakan pelakon berjalan di dalam bulatan pada akhir adegan melambangkan pertukaran tempat. Aksi simbolik boleh juga dilihat dalam tarian India seperti Bharatanatyam dan Odissi. Setiap gerak merupakan lambang yang membawa makna tertentu.
symbolic actionaksi simbolikKesusasteraanTiadaBahagian plot dalam drama atau naratif yang pergerakan fizikal dalam seni persembahannya melambangkan makna tertentu. Contohnya, dalam persembahan makyung, gerakan pelakon berjalan di dalam bulatan pada akhir adegan melambangkan pertukaran tempat. Aksi simbolik boleh juga dilihat dalam tarian India seperti Bharatanatyam dan Odissi. Setiap gerak merupakan lambang yang membawa makna tertentu.
123

Kembali ke atas