current acocunt | akaun semasa | Ekonomi | Tiada | Akaun simpanan pelanggan dalam bank perdagangan yang tidak memperoleh pulangan faedah, malah dikenakan caj sekiranya tidak menyimpan suatu jumlah purata minimum yang ditentukan. Penyimpan akaun semasa boleh mengeluarkan wang simpanannya dengan mengemukakan cek yang dikeluarkan atas namanya. |
identical rhyme | rima kembar | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terbentuk bukan sahaja daripada bunyi diftong dan bunyIg.abungan dua huruf vokalnya sama, malah juga bunyi konsonan yang mengikutnya sama. Walau bagaimanapun bunyi konsonan awalnya berbeza. Contohnya, dapat dilihat pada pantun empat kerat ini iaitu pada perkataan pauh dan sauh. Kelemunting di Tanjung Pauh, Kapa) sarat dimuat jerami; Ada untung digantung sauh, Kalau tidak laratlah kami. |
articulation | artikulasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses melahirkan idea, pendapat, cadangan dan sebagainya dalam sebuah masyarakat. Dalam sistem demokrasi, penyuaraan ini tidak disekat malah digalakkan untuk menjelaskan sesuatu ideologi, fahaman dan budaya. Daripada penyuaraan, inilah akan lahir tuntutan, kepentingan kelas tertentu dan penonjolan sesuatu aliran pemikiran yang dilaksanakan untuk mendapatkan perhatian kerajaan. Artikulasi pada mulanya merupakan tindakan kelas atasan yang menguasai faktor pengeluaran untuk mendominasi kelas bawahan bukan sahaja melalui kawalan undang-undang, tetapi juga kawalan nilai dan prinsip-prinsip kehidupan yang diamalkan oleh kelas tersebut. Melalui proses ini, kelas atasan dapat menguasai kelas bawahan secara fizikal dan intelektual. Konsep ini mula dikembangkan oleh Antonio Gramsei (1891-1937) dalam kajian beliau berhubung dengan proses artikulasi pemikiran kapitalis. Sinonim penyuaraan. |
occasional verse | sajak peristiwa | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang membawa sesuatu isu, pemikiran dan tema berdasarkan sesuatu peristiwa yang mempunyai erti dan makna tertentu bukan sahaja kepada penyairnya malah juga kepada seluruh masyarakat. Umpamanya peristiwa yang berhubung dengan Akta Bahasa, lahirlah beberapa buah puisi yang terkumpul dalam antologi puisi "Keranda 152" dan puisi "Kambing Hham" yang berkaitan dengan peristiwa 13 Mei 1969, karya Usman Awang. |
oxymoron | oksimoron | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan atau penulisan dalam penciptaan sesebuah puisi, penyairnya menggunakan teknik gabungan, sama ada diksi atau frasa yang temyata memang tidak sesuai atau serasi malah dirasakan bertentangan pula ertinya. Tujuan penggunaan oksimoron adalah untuk mencapai kesan retorik yang khusus. Contohnya, seperti di bawah. racun yang diminumnya dirasakan sebagai penawar |
xenophobia | xenofobia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid. |
masnawi | masnawi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional daripada puisi Parsi yang mempunyai dua misrak dalam satu bait. Kedua-dua misrak ini mestilah sama rimanya. Skema rimanya ialah aa, bb, cc, dan seumpamanya. Tiada sekatan dalam jumlah baitnya, malah ada yang mencecah 9000 hingga 80 000 bait. Tema yang diketengahkan dalam masnawi boleh berunsur sejarah, patriotik, cinta, agama, dan didaktik. Sesetengahnya menceritakan kisah pari-pari atau tema yang diilhamkan daripada falsafah tasawuf. Tokoh utama dalam genre ini ialah Jalal al-Din Rumi yang terkenal dengan karyanya Mathanavi-yi Ma�navi (Masnawi Kerohanian) dan Divan-i Kabir (Antologi Puisi Agung). Dalam sastera Melayu, masnawi dicipta dalam dua bait yang sama rima di hujungnya dan mengandungi suku kata yang berjumlah dari 10 hingga 14. Penulisan masnawi bertujuan memuji orang kenamaan atau sesuatu perbuatan yang baik. Contohnya, masnawi yang ditulis oleh Sasterawan Negara (SN) Arena Wati berjudul �Umar� (Asas Pengetahuan Puisi): Umar Umar yang adil dengan perinya Nyatalah pun adil sama sendirinya. Dengan adil itu anaknya dibunuh, Inilah adalat� yang benar dan sungguh. Dewan beza antara isi alam, Ialah yang besar pada siang dan malam. Lagipun yang menjauhkan segala syar, Imamul Haq di dalam Padang Mahsyar. Barang yang Haq Taala katakan itu, Maka katanya sebenarnya begitu. |
platonism | platonisme | Kesusasteraan | Tiada | Doktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek tersebut yang kekal abadi. Maka, hanya idea yang dapat membekalkan ilmu pengetahuan sebenar kepada manusia. Doktrin ini merupakan asas kepada keseluruhan aliran falsafah yang dikenali sebagai Platonisme dan Neoplatonisme. Platonisme cukup berpengaruh di Barat hingga mempesonakan beberapa penyair besar, terutamanya Percy Bysse Shelley yang sentiasa merujuk kepada dunia unggul yang melangkaui dunia harian. Platonisme turut mempengaruhi Spenser, Ralph Waldo Emerson, dan Willian Wordsworth. Bagi pengikut Plato dan Platonisme, keindahan dunia adalah bayangan kepada keindahan lain yang abadi dan sempurna. Idea inilah yang menimbulkan konsep cinta platonik. Bagi seorang kekasih menurut Platonik, pemujaan keindahan fizikal kekasihnya memulakan suatu pergerakan menaik yang menuju kepda keindahan ideal di peringkat kejiwaan dan berakhir dengan visi suci yang penuh dengan rahmat Tuhan. Konsep ini meresapi puisi cinta Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Konsep ini turut menyatakan situasi yang sesuai untuk cinta erotik dalam agama Kristian. Kini, ungkapan cinta platonik lebih popular sebagai cinta tanpa seks. Hal ini menjatuhkan dan menurunkan makna asal definisi falsafah dan tatalaku yang serius. Lihat juga gua Plato. |
posttraumatic stress disorder (PSTD) | kecelaruan stres postraumatik (PSTD) | Psikologi | Tiada | Reaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. Malah, bagi sesetengah negara maju didapati seorang daripada 12 orang dewasa akan mengalami PSTD sekali dalam seumur hidupnya yang boleh berlarutan sehingga 10 tahun. |
ethopoetics | etnopuitika | Kesusasteraan | Tiada | Perihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Puitika Sastera Melayu (2000). Menurut beliau, konsep puitika sastera Melayu harus digali daripada sumber tradisi lisan Melayu. Oleh itu, beliau menyarankan agar konsep teks, genre, pengarang, khalayak, dan keindahan dalam sastera Melayu harus bersumberkan tradisi lisan Melayu. Sarjana lain yang turut membicarakan konsep puitika Melayu ialah Mohd. Affandi Hassan, Hashim Awang dan V,I. Braginsky. |