Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lam.ma.lam] | مالم٢

Definisi : sudah jauh malam, pd waktu malam: apa engkau hendak cari pergi ke bandar ~ hari ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lam.ma.lam] | مالم٢

Definisi : sudah jauh malam; sudah malam benar: Jika hendak keluar, jangan pulang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malam-malam

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kumbang mengejar,
     Jaga-jaga bunga di pasu.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Masak malam mentah pagi (= siang).

Bermaksud :

Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dieresispemenggalanKesusasteraanPuisiMemotong atau mengerat pembahagian idea atau pemikiran yang bersifat menjemukan pada baris atau kelompok kata sehingga menjadi rangkap. Ada kalanya perbezaan dalam melakukan pemenggalan akan membawa kepada perbezaan erti. Contohnya, puisi "Malam Ini" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Malam ini (seperti malam-malam yang lalu) kulihat ia selalu menguntum senyum ketika menyambut ketibaanku untuk bersatu dan berlakon, cerita anak pelaut memburu hidup pemburu maut.
night time economyekonomi malamKriminologiKeadilan JenayahAktiviti yang dijalankan pada waktu malam dengan tujuan keuntungan terutamanya aktiviti hiburan dan kehidupan malam. Aktiviti ini meningkatkan kebarangkalian berlakunya jenayah tertentu. Contohnya, penggunaan dadah di dalam kelab malam atau pusat hiburan.
night drivespandu malamUmumTiadaAktiviti ekspedisi pada waktu malam utk melihat haiwan nokturnal dengan menaiki kenderaan dalam kawasan itu. Aktiviti ini popular di Afrika Selatan.
bedwettingkencing malamPerubatanPsikiatriPengeluaran urin yang tidak dapat dikawal, terutama pada waktu malam.
night walkjejak malamUmumTiadaAktiviti berjalan-jalan atau bersiar-siar pada waktu malam di kawasan tertentu. Aktiviti ini juga selalunya dijalankan di kem-kem latihan bagi menguji keberanian dan kekentalan jiwa seseorang.
prepaid extra nightprabayar malam tambahanPelanconganTiadaKos yang dibayar terlebih dahulu kerana bertambahnya malam penginapan.
room nightmalam inapPelanconganTiadaJumlah bermalam bagi seseorang pelancong di destinasi tertentu.
nocturnenocturneKesenianSeni LukisLukisan pemandangan waktu malam.
nocturnenokturnKesenianTiadaGubahan muzik yang menggambarkan suasana romantis malam.
enuresisenuresisHerbaFitoterapiPengeluaran urin yang tidak terkawal terutamanya oleh kanak-kanak pada waktu malam. Enuresis boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan sekunder seperti kencing manis, tekanan emosi atau saluran urinari yang tidak normal.
1234

Kembali ke atas