easy chair | kerusi malas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kerusi yang dibina dengan tujuan berehat atau bermalas-malasan, sama ada dari segi reka bentuknya yang ringkas, mudah dialih atau boleh dilipat. Kerusi ini mempunyai penyandar bersudut tidak kurang daripada 105 darjah dari tempat duduknya. Kerusi ini juga mudah digabungkan dengan sebarang jenis kerusi lain. |
distich/distichon | dwibaris | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang berdasarkan kedudukan bait atau rangkap iaitu semua rangkapnya, terdiri daripada dua baris. Puisi dua baris yang paling jelas ialah pantun dua kerat. Contohnya, Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. |
closed couplet | kuplet lengkap | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang boieh berdiri sendiri yang terdiri daripada dua baris dalam satu stanza. Lazimnya puisi ini mempunyai jumlah perkataan yang samil dalam setiap baris. Di hujung setiap baris terdapat rima akhir yang sama seperti a a, b b atau c c. Contohnya, seperti di bawah. Pantun dua kerat: Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Gurindam: Apabila perkataan yang amat kasar, Lekaslah orang sekalian gusar. |