sustainable consumption | penggunaan mampan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penggunaan terancang bagi sesuatu produk atau perkhidmatan supaya dapat memberikan kesan minimum terhadap alam sekitar. Penggunaan mampan akan menjamin persekitaran yang selamat bagi generasi akan datang. |
sustainable production | pengeluaran mampan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembuatan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan sistem yang bebas daripada pencemaran, penjimatan tenaga dan pemuliharaan sumber asli. Pengeluaran mampan boleh menghasilkan ekonomi yang berdaya maju dan menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja, masyarakat dan pengguna. |
sustainable development | pembangunan mampan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembangunan yang dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pada masa kini, tanpa menjejaskan alam sekitar dan kepupusan sumber serta dapat menjamin kelestarian pada masa hadapan. |
sustainable system | sistem mampan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sistem yang bersifat lestari, mampu berkembang serta mencapai tahap prestasi yang baik, contohnya amalan 3R dalam pengurusan sisa pepejal. |
sustainable agriculture | pertanian mampan/pertanian lestari | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
applied sustainable system | sistem mampan terapan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sistem yang mempunyai entiti lestari melibatkan penerapan sains, teknologi, inovasi dan sains sosial untuk mengekalkan keseluruhan ekosistem. |
sustainable design | reka bentuk mampan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pendekatan perancangan sesuatu projek yang mengambil kira prinsip kemampanan sosial, ekonomi dan ekologi untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. |
ecopackaging | ekopembungkusan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembungkusan mampan yang mesra alam untuk membantu mengurangkan kerosakan alam sekitar dan gangguan ekologi. |
cradle to cradle | awal ke awal | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Strategi mampan kitar hayat produk yang menyamai kitar semula alam semula jadi, dan melaluinya sisa dapat digunakan semula. |
cradle to gate | awal ke tengah | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Strategi mampan separa kitar hayat produk dari peringkat pengekstrakan sumber awal sehingga peringkat pembuatan sebelum produk dipasarkan. |