Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mam.pa.tan] | ممڤتن

Definisi : perihal mampat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pa.tan] | ممڤتن

Definisi : perihal mampat: ~ gas bertambah 5 kali ganda apabila campuran itu dinyalakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mampatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compression ignition engineenjin pencucuhan mampatanKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin yang menggunakan haba yang dijanakan daripada proses mampatan udara semasa lejang mampatan, untuk memulakan pembakaran. Proses ini merupakan kaedah pencucuhan yang biasa digunakan dalam enjin diesel.
axial compressionmampatan paksiSains SukanBiomekanikDaya mampatan yang bertindak selari dengan paksi. Apabila sesuatu bahan dikenakan daya P seperti rajah di bawah, bahan tersebut akan mengalami perubahan bentuk, iaitu memendek dan luas keratan rentas akan bertambah.
compression testujian mampatanKejuruteraan AutomotifEnjinUjian yang dibuat untuk mengukur tekanan mampatan dalam silinder enjin semasa aci engkol berputar. Ujian ini dibuat dengan cara memasang meter tekanan pada kepala silinder. Tujuan ujian ini adalah untuk mengesan kebocoran dalam kebuk pembakaran enjin.
compression pressuretekanan mampatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTekanan dalam kebuk pembakaran pada bahagian akhir lejang mampatan.
compression ringgelang mampatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGelang paling atas pada omboh yang mengelakkan kebocoran mampatan dan pembakaran dalam kebuk kebakaran.
compression hearing aidalat bantu pendengaran mampatanSains KesihatanTiadaAlat bantu pendengaran yang mempunyai sistem mampatan automatik untuk mengurangkan output maksimum.
high compression engineenjin mampatan tinggiKejuruteraan AutomotifEnjinUngkapan yang digunakan untuk generasi enjin moden yang menggunakan nisbah mampatan yang tinggi berbanding enjin yang dibangunkan pada tahun sebelumnya. Generasi enjin ini dibangunkan bagi memenuhi permintaan berterusan daripada pengguna terhadap prestasi enjin yang lebih baik.
compression testujian mampatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUjian untuk memeriksa dan mengukur tekanan di dalam silinder enjin semasa lejang mampatan.
heat of compressionhaba mampatanKejuruteraan AutomotifEnjinPeningkatan suhu akibat pemampatan udara atau campuran udara-bahan api semasa lejang mampatan.
compression ringgelang mampatanKejuruteraan AutomotifEnjinGelang teratas atau dua gelang teratas yang terdapat pada omboh. Gelang ini berfungsi untuk mengelakkan kebocoran semasa pemampatan dalam lejang mampatan dan semasa proses pembakaran dalam lejang kuasa. Gelang ini biasanya diperbuat daripada besi tuang dan besi mulur.
123456

Kembali ke atas