Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.na.ka.la] | ماناکالا

Definisi : 1. apabila, bilamana: ia tersenyum ~ melihat anaknya sudah terlena; 2. tetapi: dia duduk di samping mayat ayahnya, ~ adiknya tidak putus-putus menangis; 3. sedangkan: ramai orang yg cedera dan hilang ~ beratus-ratus kehilangan rumah tangga dlm gempa bumi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.na.ka.la] | ماناکالا

Definisi : pd waktu atau pd ketika tertentu; apabila: ~ bertemu, kami berpeluk-pelukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manakala


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flush leftsantak kiri-TiadaTeks yang dijajarkan ke sebelah kiri jidar manakala sebelah kanan teks tidak dijajarkan.
flush rightsantak kanan-TiadaTeks yang dijajarkan ke sebelah kanan jidar manakala sebelah kiri teks tidak dijajarkan.
family policypolisi keluargainsuransTiadaPerlindungan yang biasanya berbentuk insurans kekal ke atas hayat bapa, manakala ibu dan anak-anaknya dilindungi secara automatik dengan amaun yang lebih kecil (biasanya berbentuk insurans sementara) dengan premium yang disatukan. Polisi ini ditawarkan dengan pelbagai bentuk dan ciri.
policeman rubbergetah polisKimiaKimia AnalisisSebahagian kecil tiub getah yang telah dileperkan satu daripada hujungnya manakala yang satu lagi disambungkan pada sebatang kaca. Ia digunakan untuk mencalit surihan mendakan di dinding bikar. Getah ini mesti dibasahkan dengan cecair pembasuh sebelum digunakan.
allelic exclusionpenyisihan alelPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses yang merujuk hanya satu alel daripada gen ditunjukkan, manakala alel yang lain dikaburkan. Penyisihan alel menguraikan alel mutan bagi gen yang menghasilkan fenotip yang berbilang. Setiap satu alel membawa satu titik mutasi antara kawasan berbeza bagi gen yang sama. Kebanyakan gen individu mewarisi satu salinan bagi setiap gen daripada tiap-tiap ibu bapa. Sekurang-kurangnya dua keadaan pemilihan yang berbeza boleh menjurus kepada penyisihan alel. Dalam satu keadaan, satu alel gen boleh berkeadaan senyap semasa transkripsi dan akan menghasilkan ungkapan alel yang kedua. Dalam keadaan yang lain, kedua-dua alel boleh ditranskripsikan, seterusnya mekanisme akan menjurus kepada penghapusan produk protein daripada satu sel pasca transkripsi dan pasca penterjemahan.
fandangofandangoMuzikTiadaTarian Sepanyol berneter tripel dan bertempo rancak. Tarian ini diiringi gitar dan kastanet manakala melodi ad libitum dimainkan oleh pemain violin.
prismaticprismatikKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi makna atau pengertian dua lapis. Makna pada lapis pertama lebih jelas manakala makna lapis kedua lebih luas dan mendalam. Contohnya, puisi "Perempuan Malang" karya Usman Awang yang menggunakan perkataan 'ibuku' yang bermaksud 'tanah air'. Puisi ini memberi gambaran bahawa ibu itu telah lama berjasa kepada penyair. Dengan itu penyair amat mencintainya dan sanggup berkorban untuk menjaga keselamatannya. Gambaran demikian adalah makna pada lapis pertama. Makna lapis keduanya boleh dihubungkan dengan pernyataan kecintaan penyair terhadap tanah air atau negaranya.
neutron radiographyradiografi neutronTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik radiografi yang menggunakan neutron sebagai punca sinaran. Penyerapan sinar-X dan sinar gama secara langsung bergantung pada nombor atom dan ketumpatan bahan, manakala penyerapan neutron bergantung pada elemen bahan. Contohnya, bahan organik atau air jelas kelihatan dalam radiografi neutron kerana kandungan hidrogen yang tinggi, manakala struktur bahan seperti aluminium dan keluli adalah hampir telus.
corepressorpenindas bersamaBioinformatikBioinformatik MolekulMolekul yang menghalang pengekspresan gen. Di dalam prokariota, penindas bersama ialah molekul kecil, manakala di dalam eukariota, penindas bersama ialah sejenis protein.
X-chromosomekromosom-XKejururawatanTiadaKromosom jantina yang terdapat pada kedua-dua jantina. Perempuan mempunyai dua kromosom-X manakala lelaki satu kromosom-X dan satu kromosom Y.
12345678910...

Kembali ke atas