Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gores api, korek api, geretan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kayu kecil yg hujungnya berselaput dgn bahan yg mudah berapi apabila digeselkan pd sesuatu; gores api: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mancis (kata nama)
Bersinonim dengan mancis api, gores api, korek api, kerik api, pencolek api, penggesek api, geretan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
splintbilahPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Jaluran kayu, buluh atau rotan yang dihasilkan daripada pemotongan dan pembelahan. Jaluran yang bersifat mudah lentur ini digunakan dalam kerja anyaman seperti dalam pembuatan bakul dan tikar. 2. Kayu pendek tegar yang banyak digunakan dalam pembuatan mancis api. Misalnya, bilah kayu terentang dan sesenduk.
potassium nitratekalium nitratKimiaTiadaGaram tak organik, formula KNO3, takat lebur 337oC, takat didih 400oC, wujud dalam bentuk hablur atau serbuk berhablur lut sinar, berwarna putih atau tidak berwarna, baunya tajam, larut di dalam air dan dloserol dan larut sedikit di dalam alkohol. Sebatian ini disediakan dengan mencapurkan larutan tepu kalium klorida yang panas dengan natrium nitrat. Kalium nitrat digunakan untuk membuat bahan letupan, mancis api, baja khusus, bahan uji dan kaca. Sin. saltpeter.
phosphorusfosforusKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VA (atau 150 jadual berkala, simbol P, nombor atom 15, berat atom 30.974, nombor engoksidaan –3, +3 dan +5, takat lebur 44oC, takat didih 280oC (bagi fosforus putih), berbentuk pepejal berhablur yang lut sinar atau serbuk amorfus merah atau pepejal hitam. Fosforus putih larut di dalam karbon disulfida, sangat beracun dan mudah terbakar. Fosforus terdapat dalam enam bentuk isotop radioaktif. Sumber semula jadi fosforus diperoleh dengan meleburkan batu fosfat, pasir dan kok di dalam relau elektrik. Fosforus merah diperoleh daripada pemanasan fosforus putih dengan mangkin pada suhu 240oC dan fosforus hitam diperoleh daripada pemanasan fosforus putih yang dikenakan tekanan. osforus digunakan untuk membuat racun tikus, baja, mancis api dan sebatian fosforus.
balik anginbalik anginPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Mallotus spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama lain di Semenanjung termasuk perupuk dan serapuh, di Sabah termasuk selung apid dan ulas, dan di Sarawak termasuk ensai dan singi. Spesies utama kayu ini termasuk Mallotus leucordemis, M. miquelianus, M. muticus, dan M. wrayi. Gubal kayu balik angin berwarna jerami, dan tidak berbeza daripada warna teras kayunya. Tekstur kayunya agak keras dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu jenis ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 370 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga agak sederhana keras, dan daripada ringan hingga berat. Kayu balik angin tidak tahan, tetapi mudah diawet dan digunakan dalam pembuatan mancis api, penyepit makanan, terompah, kotak kayu, dan juga untuk membuat pulpa dan kertas.
flame retardantagen pelambat nyalaKimiaTiadaBahan, seperti borat dan fosfat, yang digabungkan dengan bahan yang mudah terbakar untuk mengurangkan atau mencegah terjadinya kebakaran apabila bahan tersebut terdedah kepada nyala yang bertenaga rendah, seperti nyala mancis atau api rokok. Agen ini digunakan untuk membuat permaidani dan plastik.

Kembali ke atas