Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.ja] | منجا

Definisi : 1. kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja): ~ betul budak itu, mak-lumlah anak bongsu; 2. sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kpd: dia berkata dgn suara yg ~; kedua-dua anak itu sangat ~ dgn saya; bermanja berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya; bermanja-manja, bermanja-manjaan ber­jinak-jinakan, beramah-ramahan: cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dgn Murad; memanja berbunyi manja (suara dll): kadang-kadang suaranya ~; memanjakan, memanja-manjakan, mem-permanjakan sangat melayani kehendak­nya sehingga jadi manja: jururawat itu mem-betulkan kain selimutnya spt ibu ~ anaknya; gerak-gerinya semakin dimanja-manjakan; termanja-manja (sudah) menjadi terlalu manja; manjaan yg dimanjakan: dia memang ingin memelihara seekor binatang ~; kemanjaan perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan kemesraan; kemanja-manjaan dgn berlaku manja: ia menjawab ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.ja] | منجا

Definisi : (dlm kata majmuk) maja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.ja] | منجا

Definisi : 1 kelakuan yg kurang baik kerana selalu diturut kemahuannya atau dibiarkan saja berbuat sekehendak hatinya: Anak bongsu biasanya terlalu ~. 2 sangat kasih (sayang, mesra, jinak): Anak itu memang ~ dgn saya. bermanja berkelakuan manja; berbuat manja: Belum puas anaknya ~ dgnnya, dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. bermanja-manja berjinak-jinak; beramah-tamah. memanjakan membiarkan atau menurut segala kehendaknya sehingga menjadi manja: Dia menyesal kerana terlalu ~ anaknya itu. manjaan yg dimanjakan: Ani menjadi ~ kedua-dua ibu bapanya. binatang ~. kemanjaan keadaan atau sifat manja: ~nya menjadi-jadi dr sehari ke sehari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tergising-gising seperti anak tiada diakui.

Bermaksud :

Orang yang sangat manja kepada majikannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
overindulgencemanja melampau; lanjur melampauPsikologiTiadaTiada
cyberpetmanja siberTeknologi MaklumatTiadaTiada
cooingdekutanSosiologiTiadaTangisan yang lembut atau manja untuk mendapat belaian dan lain-lain.
melodramaticmelodramatikKesenianDrama dan Teater1. Olahan pementasan yang diberi gaya melodrama. Lihat jugamelodrama. 2. Gabungan ciri tragedi dan komedi yang memberinya sifat melodramatik, disebut juga sebagai tragi komedi. Tokoh dramatis Malina Manja merupakan seorang penulis drama yang gemar menggunakan gaya ini dalam berkarya.
new comedykomedi baharuKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang berlatarkan bandar dan mempunyai plot stereotaip dengan memaparkan watak daripada generasi tua yang mempunyai kuasa sosial yang menghalang hubungan cinta dan hasrat golongan muda, tetapi gagal. Contohnya, drama Ayam Jantan Ayam Betinakarya Malina Manja dan Atap Genting Atap Rumbiakarya Kala Dewata.
tragi-comedytragi komediKesenianDrama dan TeaterDrama yang pengolahannya cenderung ke arah tragedi, tetapi berakhir dengan sesuatu yang bersifat komedi. Tragi komedi biasanya mengisahkan kehidupan masyarakat marhaen atau rakyat biasa secara ironi dengan isu kemiskinan dan keinginan watak. Drama-drama seperti Anak Kerbau Mati Emakdan Tingginya Menyapu Awankarya Malina Manja merupakan contoh tragi komedi.

Kembali ke atas