human settlement | petempatan manusia; penempatan manusia | Geografi | Tiada | Petempatan manusia: Penghunian sebuah kawasan oleh manusia. |
Internet of thing | Internet benda | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Benda yang memiliki kemampuan untuk menghantar maklumat melalui jaringan Internet tanpa memerlukan interaksi manusia ke manusia atau manusia ke komputer untuk memudahkan kehidupan manusia. |
infectious disease | penyakit berjangkit | Perubatan | Tiada | Penyakit yang dapat dijangkitkan di antara manusia dengan manusia, atau di antara manusia dengan haiwan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. |
human settlement | petempatan manusia; penempatan manusia | Sosiologi | Tiada | Tiada |
human settlement | petempatan manusia; penempatan manusia | Kesenian | Tiada | Tiada |
unsur manusia | unsur manusia | Kesenian | Tiada | Unsur yang mengambil bentuk manusia. |
human computer interaction (HCI) | interaksi manusia komputer (HCI) | Teknologi Maklumat | Perisian | Bidang yang mengkaji interaksi antara manusia dengan komputer. Bidang ini biasanya melibatkan pertindanan antara bidang seperti sains komputer, sains tingkah laku, reka bentuk dan beberapa bidang kajian lain. Interaksi antara pengguna dengan komputer berlaku dalam antara muka pengguna yang melibatkan kedua-dua perisian dan perkakasan. Memandangkan bidang ini melibatkan gabungan manusia dan mesin, maka pengetahuan yang baharu bagi menyokong kedua-dua aspek mesin dan manusia dapat dikembangkan. Dalam aspek mesin, teknik grafik komputer, sistem pengendali dan bahasa pengaturcaraan adalah relevan dalam perkembangan penyelidikan bidang ini. Dalam aspek manusia pula, teori komunikasi, grafik dan reka bentuk industri, linguistik, sains sosial, psikologi kognitif dan prestasi manusia mampu memantapkan bidang ini. HCI kadangkala dirujuk sebagai interaksi manusia mesin (MMI) atau interaksi komputer manusia (CHI). |
(o)estrone | estron | Biologi | Fisiologi | Bahan kimia yang dihasilkan daripada estradiol melalui pengoksidaan, terdapat di dalam urin manusia khususnya semasa hamil, plasma manusia, bendalir folikel ovari manusia, plasenta dan minyak isi rongkelapa sawit. |
bounded rationality | rasionaliti terikat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan. |
manpower administration | pentadbiran tenaga manusia | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah pengurusan atau pengelolaan sumber manusia dalam organisasi. Biasanya, sumber manusia ditempatkan di jabatan tertentu bersesuaian dengan kelayakan akademik, kemahiran dan pengalaman mereka. Kaedah ini melibatkan deskripsi dan spesifikasi tugas yang khusus yang dibuat oleh pihak majikan untuk memudahkan kakitangan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka serta meningkatkan produktiviti. Dalam konteks pengurusan sumber manusia, kaedah ini juga melibatkan undang-undang dan peraturan organisasi. Contoh, golongan profesional perlu melalui ujian atau syarat tertentu sebelum berkhidmat kepada masyarakat seperti guru yang perlu menjalani praktikal di sekolah, peguam perlu melepasi latihan dalam kamar dan doktor pula perlu menjalani latihan sebagai doktor pelatih. |