illuminated manuscript | manuskrip kilau | Kesenian | Tiada | Manuskrip zaman lampau yang dihiasi dengan kerajang emas seperti manuskrip kitab-kitab. |
collophon | kolofon | Kesusasteraan | Tiada | Maklumat pada bahagian akhir sesebuah manuskrip bertulis tangan atau bercetak yang mencatatkan nama pengarang, tajuk karya, tarikh diterbitkan, dan nama pencetak. Dalam konteks penulisan moden, kolofon biasanya terdapat pada bahagian awal buku, mencatakan nama penerbit, tempat terbit, tanda dagangan, jenis kertas, jenis huruf, dan sebagainya. Dalam tradisi penulisan manuskrip lama, kolofon merupakan salah satu bahagian yang sangat penting untuk diketahui oleh pembaca. Pada bahagian tersebut, pembaca akan mengetahui nama pengarang, penyalin manuskrip, tarikh dan tempat manuskrip ditulis atau disalin. Maklumat yang diperoleh menjadi panduan kepada pembaca atau pengkaji untuk mengetahui sejarah dan latar belakang manuskrip berkenaan. Manuskrip yang tidak mempunyai kolofon akan memberikan pelbagai masalah kepada pembaca atau pengkaji untuk menentukan kedudukan manuskrip berkenaan. Contohnya, dablah Hikayat Raja Pasai (Russell Jones, 1987), terdapat kolofon seperti yang berikut: �Tamat Hikayat Raja Pasai. Selam |
run flat | cetak terus | Komunikasi | Tiada | Arahan untuk mencetak manuskrip tanpa perlu melakukan sebarang pindaan atau semakan semula. Contohnya, apabila arahan ini diberi kepada editor, maka editor itu tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan terhadap manuskrip berkenaan. Ini bermakna manuskrip itu perlu dicetak seperti asal. |
copy holder | pemegang manuskrip/pemegang kopi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat untuk menopang manuskrip ketika menaip. |
manuscript correction sign | tanda pembetulan manuskrip | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tanda yang serupa dengan tanda penyuntingan biasa untuk membuat pembetulan pada manuskrip penaipan. |
codex | kodeks | Kesusasteraan | Tiada | Bahan tulisan lama dalam bentuk manuskrip atau naskhah bertulis tangan. Manuskrip terkumpul dalam bentuk buku berjilid daripada kayu, kertas atau kulit mengikut kaedah penjilidan yang awal. Sebahagian besar daripada bahan bertulis ini masih kekal terpelihara dan tersimpan di pelbagai perpustakaan, arkib atau muzium di seluruh dunia. Dalam ilmu filologi, kajian tentang kodeks dikenali sebagai kodikologi. Kajian kodikologi melibatkan usaha memberikan keterangan tentang naskhah. Contohnya, kajian melibatkan usaha mengenal pasti bahan yang digunakan untuk membuat naskahah (seperti kayu, kertas, dan kulit), jenis alat tulis, jenis dakwat, usia naskhah, siapa penulisnya, penyalin atau penyusun, tempat ditulis, disalin atau disusun, dan sebagainya. Kodeks berasal daripada perkataan latin codex yang bermaksud �block of wood� (bongkah kayu). Lihat juga kritikan teks. |
apparatus criticus | kritikus aparatus | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah membuat suntingan kritis terhadap karya dengan cara membandingkan beberapa sumber atau versi manuskrip yang berbeza. Kritikus aparatus biasa terdapat dalam kajian filologi, terutamanya semasa membuat suntingan atau transliterasi terhadap sesuatu naskhah manuskrip yang mempunyai vesi yang berbeza. Secara umumnya, sesuatu teks Melayu lama wujud dalam beberapa salinan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Pengkaji akan memilih sebuah naskhah manuskrip yang dianggap terbaik dan membuat edisi, transliterasi, atau transkripsi berdasarkan naskhak tersebut. Semasa membuat edisi, pengkaji akan membuat kritikus aparatus dengan cara membandingkan naskhah yang dianggap terbaik tadi degan beberapa variasi naskhah lain. Kritikus aparatus biasanya dibuat pada bahagian nota kaki. Antara perkara yang diberi tumpuan dalam kritikus aparatus termasuklah memberikan ulasan atau sebab. Sesuatu pilihan dibuat dengan mengemukakan bukti konkrit berdasarkan naskhah lain, sama ada dari segi perbezaan huruf, perkataan, atau stru |
phantom word | kata silap | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang wujud kerana kesalahan menyalin, menaip, atau mencetak. Kesalahan ini sering terjadi semasa penyalinan manuskrip sastera, menyebabkan munculnya pelbagai versi manuskrip. Lihat juga kesilapan penyurat. |
lacuna | lopongan | Kesusasteraan | Tiada | Jarak atau ruang kosong. Dalam kajian filologi, lopongan merujuk kepada bahagian yang tercicir dalam sesebuah manuskrip, iaitu lopongan pada baris huruf dan tulisan. Bentuk jamaknya, lacunae yang merujuk kepada kehilangan baris huruf dalam sesebuah manuskrip akibat carikan atau pemudaran. Contohnya, dalam novel berjudul Tristram Shandy yang ditulis oleh Laurence Stern. Pengarangnya sengaja meninggalkan lopongan agar pembaca dapat mengisinya dengan deskripsi sendiri tentang watak Widow Wadman. |
manuscript | manuskrip | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |