Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.pan] | ماڤن

Definisi : 1. tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~; memapankan memantapkan, mengukuh­kan, menstabilkan sesuatu: mereka harus ber-usaha utk ~ kedudukan ekonomi keluarga terlebih dahulu; kemapanan keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh dipersoalkan se-hingga ilmu dan teori bertentangan dgn ~; pemapanan perihal (proses, perbuatan) me­mapankan sesuatu, pemantapan, pengukuhan, penstabilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.pan] | ماڤن

Definisi : 1 tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum; mantap: Bahasa Melayu yg sudah ~ mampu menjadi bahasa perhubungan di Nusantara. 2 sudah kukuh, stabil atau teguh (bkn kedudukan dsb); sudah dikenali ramai (bkn seseorang): Samad Said, Anwar Ridwan, dan Kemala ialah antara penulis yg sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mapan
Rujuk :mantap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sustainable usepenggunaan mapanHerbaTiadaCara dan kadar penggunaan herba dalam kepelbagaian biologi yang tidak menyebabkan kepupusannya untuk jangka masa panjang. Penggunaan mapan menjamin pengekalan sumber secara berterusan untuk generasi akan datang.
sustainable developmentpembangunan mapanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka.
hidrologyhidrologiSains MarinTiadaKajian saintifik yang melibatkan pergerakan, taburan dan kualiti air di bumi dan planet-planet yang lain, termasuklah kitaran air, sumber air dan kawasan tadahan air yang mapan. Hidrologi terbahagi kepada tiga, iaitu hidrologi permukaan air, air bawah tanah dan marin. Kajian hidrologi amat penting dalam pembentukan polisi, pelan dan kejuruteraan persekitaran.
juveniliakarya juvenilKesusasteraanTiadaKarya yang dihasilkan ketika pengarang masih remaja. Karya juvenil juga merujuk kepada sekumpulan karya yang khusus ditulis untuk pembaca daripada golongan remaja. Sesetengah pengarang mula menulis karya sastera sejak remaja. Bakat penulisan mereka berkembang dari semasa ke semasa sehingga mereka menjadi pengarang yang mapan. Contohnya, puisi berjudul �Upon the Death of Lord Hasting� (1649) ditulis oleh Dryden ketika berumur lapan belas tahun. Karya yang dihasilkan oleh pengarang remaja biasanya memperlihatkan beberapa kelemahan dan ketidakmatangan, sama ada dari segi gaya penulisan atau olahan pemikiran. Hal ini dianggap biasa kerana pada peringkat remaja, seseorang pengarang belum mempunyai banyak pengalaman, kurang pengetahuan serta masih berada pada peringkat pembentukan bakat dan kreativiti. Karya yang dihasilkan biasanya bertemakan alam kehidupan remaja dengan gaya penulisan dan olahan pemikiran yang sesuai dengan tahap golongan remaja. Antara penulis karya juvenil ialah Hizairi Othman dengan karyanya berjudul �Merungkai Deduksi� (1996) dan �Dilema� (1991), dan Ahmad Patria Abdullah dengan karyanya berjudul Permata Aurorius (1987), dan Puteri Alindalia (1993).

Kembali ke atas