Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ra] | مارا

Definisi : akronim bagi Majlis Amanah Rakyat (perbadanan yg menolong bumiputera mem­bangun atau maju dlm bidang perniagaan, per­usahaan, pendidikan, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : sl bencana, bahaya, celaka, kesusahan: dijauhkan Allah drpd bahaya dan ~-Nya; ~ jangan dipukat, rezeki jangan ditolak prb bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali di­cari-cari; ~ hinggap, ~ terbang enggang lalu ranting patah prb perihal seseorang yg dituduh melakukan sesuatu kesalahan pd hal dia tidak melakukan kesalahan itu; bermara sl berbahaya, menghadapi bahaya: jikalau tuan-tuan sekalian pergi, salah se-orang ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju: barisan tentera itu ~ dgn pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan; memarakan menggerakkan ke hadapan, memajukan; kemaraan perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan: hulubalang telah berhim-pun di Pedas utk menyekat ~ Raja Melewar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : ; saudara-~ semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : apa-apa yg mendatangkan kesukaran atau kesusahan; bencana; bahaya: Moga-moga Allah menjauhkan kita drpd segala bahaya dan ~-Nya. ~ bahaya berbagai-bagai bahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ra] | مارا

Definisi : bergerak ke hadapan; tampil ke muka; maju: Mereka ~ lebih kurang 10 kilometer sehari. memarakan menggerakkan ke hadapan; memajukan. kemaraan perbuatan atau hal mara: ~ tentera musuh telah dpt dipatahkan oleh tentera kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ra] | مارا

Definisi : ; saudara-~ semua kaum keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mara (kata kerja)
Bersinonim dengan bergerak ke muka, tampi ke depan, maju, melangkah ke depan;,
Kata Terbitan : memarakan,

Puisi
 

Datuk Bentara mudik ke hulu,
     Hajat membina sebuah kota;
Biar mara datang bertalu,
     Namun cinta kugagah juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mara jangan dipikat (= dipukat),
     rezeki jangan ditolak.

Bermaksud :

Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vacuum advance controlkawalan mara vakumKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSebarang jenis sistem pengawal pancaran NOx yang direka untuk membenarkan terjadinya mara vakum hanya pada masa mod enjin dan operasi kenderaan yang tertentu.
centrifugal advancemara emparanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMekanisme penghasilan bunga api yang berlaku lebih awal hasil gerakan daya empar.
advancependahuluan; lajakan; lanjut; mara (KEJ, P.JAS, LYR)SukanTiada3. Lajakan: Pergerakan kapal yang selari dengan arah asal setelah kapal itu dihentikan.
advancependahuluan; lajakan; lanjut; mara (KEJ, P.JAS, LYR)EkonomiTiadaTiada
advancependahuluan; lajakan; lanjut; mara (KEJ, P.JAS, LYR)PendidikanTiadaTiada
advancependahuluan; lajakan; lanjut; mara (KEJ, P.JAS, LYR)EkonomiTiadaTiada
advancependahuluan; lajakan; lanjut; mara (KEJ, P.JAS, LYR), majuPendidikanTiadaTiada
advancependahuluan; lajakan; lanjut; mara (KEJ, P.JAS, LYR)Komunikasi MassaTiadaTiada
advancependahuluan; lajakan; lanjut; mara (KEJ, P.JAS, LYR)PentadbiranTiadaTiada
advancependahuluan; lajakan; lanjut; mara (KEJ, P.JAS, LYR), majuKejuruteraanTiadaTiada
12

Kembali ke atas