middle rhyme | rima tengah | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima tengah juga terjadi apabila dua atau beberapa perkataan berima terdapat dalam satu-satu baris. Contohnya seperti dalam puisi berjudul �Patience� oleh W.S. Gilbert: Then a sentimental passion of a vegetabile fashion, Must excite your languid spleen, An attachment �a la Plato, for a bashful young potato, Or a not too French French bean! Contoh rima tengah dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pohon sena,cabangnya empat, Mari tebang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri. |
incantation | mantera | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud �rumus yang berentak� atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas�. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |