asthma | asma | Kejururawatan | Tiada | Keadaan pulmonari tersekat yang dicirikan dengan serangan sesak nafas yang berulang dari masa ke masa, dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus dan penghasilan sekresi yang banyak. |
transient thermal analysis | analisis terma fana | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk mengukur perubahan suhu dan kuantiti haba bahan yang berbeza dari masa ke masa. |
futuristic tourism | pelancongan masa depan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti pelancongan yang mengarah ke masa hadapan, seperti pelancongan angkasa. |
futuristic tourist | pelancong masa depan | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang menjalankan aktiviti yang mengarah ke masa hadapan, seperti terbang ke angkasa. |
dirty float | apungan kotor | Ekonomi | Tiada | Pentadbiran kadar pertukaran yang pada dasarnya membenarkan kadar pertukaran mata wang sesebuah negara terapung atau fleksibel, tetapi pada masa-masa tertentu kerajaan campur tangan untuk mengubah kadar pertukaran untuk mencapai matlamat tertentu. Sebuah negara dikatakan mengamalkan apungan kotor apabila kerajaan negara ini dari semasa ke semasa campur tangan dalam pasaran pertukaran bukan sekadar untuk mengatasi masalah turun naik kadar pertukaran dalam jangka pendek, tetapi untuk tujuan lain, misalnya untuk memastikan mata wang negara tersebut terkurang nilai bagi menggalakkan eksport. Lihat juga apungan terurus. |
varying annuity | anuiti berubah | insurans | Tiada | Bayaran atau pendapatan berkala yang kadarnya berubah dari masa ke semasa. |
drop time | masa titis | Kimia | Kimia Analisis | Masa di antara satu titis dengan titis yang lain. Masa ini bergantung kepada saiz salur rerambut dan tekanan yang dikenakan ke atas liang rerambut itu. bd. elektrod titisan raksa tergantung. |
dead time | masa mati | Kimia | Kimia Analisis | Selang masa antara perubahan isyarat input ke proses sistem kawalan, sehingga gerak balas terhadap isyarat itu berlaku. |
port-to-port coverage | perlindungan pelabuhan ke pelabuhan | insurans | Tiada | 1. Jangka masa pelindungan yang diberikan oleh insurans pelayaran dalam polisi marin berbentuk biasa. Bagi barangan, perlindungan berterusan apabila dimuatkan ke atas kapal sehingga dipunggah ke atas pangkalan destinasi atau ke atas kapal pembeli. 2. Bagi insurans kapal, jangka masa perlindungan bermula apabila kapal berlayar sehingga ke pelabuhan yang dituju. |
retention time (Rt) value | nilai masa penahanan (Rt) | Herba | Tiada | Masa yang diperlukan oleh isi padu tertentu bahan kimia dalam larutan sampel herba untuk mengalir melalui sesebuah turus. Nilai yang diukur ialah jarak antara takat suntikan ke garis tegak puncak maksimum bahan kimia di sepanjang garis dasar spektrum. |