Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sin] | ماسين

Definisi : rasa spt rasa garam, asin; ~ lidah (mulut) apa yg dikatakan semuanya terjadi (kejadian dll), perkataannya dituruti (diterima) orang; ~ perkataannya perkata­annya dituruti (dikabulkan dll) orang; air ~ air laut; telur ~ telur yg telah diasinkan (dgn cara memeram dlm air garam); belum tahu di~ garam prb masih belum mempunyai pengalaman; garam kami tidak ~ padanya prb perkataan kami tidak dipe­dulikan; memasinkan menjadikan sesuatu masin: air laut yg melimpah itu telah ~ tanah yg terletak di sepanjang pantai itu; kemasinan perihal masin (air dll), rasa masin; pemasinan proses (perbuatan) memasinkan: ~ ikan-ikan itu mudah dilakukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sin] | ماسين

Definisi : (be)rasa spt rasa garam; asin: ikan ~; air ~. ~ lidah (mulut) a. apa-apa yg dikatakannya betul-betul berlaku. b. segala katanya diturut orang. memasinkan membuat jadi masin; menjadikan masin. kemasinan keadan atau rasa masin: Ibu mengurangkan ~ kuah itu dgn menambahkan air ke dlmnya. pemasinan perbuatan atau hal memasinkan: proses ~ ikan. pemasin orang yg suka makan makanan yg masin; orang yg makan makanan yg lebih masin berbanding dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masin (adjektif)
Bersinonim dengan asin, payau;,
Kata Terbitan : memasinkan, kemasinan, pemasinan,

Puisi
 

Jangan dijeruk asam belimbing,
     Kalau tak masin ditambah garam;
Jangan ditengok di luar dinding,
     Kalau sudi masuk ke dalam.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Lidahnya masin.

Bermaksud :

Perkataannya diturut, permintaannya diterima. (Biasa juga: Garamnya yang masin).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anadromousanadromusBiologiTiadaMerujuk kepada ikan yang berhijrah dari air masin ke air tawar untuk bertelur pada setiap tahun.
copepodkopepodPerikananAkuakulturKumpulan krustasea seni yang hidup di dalam air masin atau air tawar. Kopepod mempunyai satu mata ringkas, bercangkerang dan berenang di dalam air. Kopepod juga digunakan sebagai makanan hidup untuk larva ikan marin bagi peringkat awal kopepod.
inletsalur masukSains MarinTiadaAlur sempit yang menghubungkan laut dengan kawasan air masin yang tertutup seperti teluk dan lagun. Salur masuk merupakan sambungan nyata antara teluk dengan lautan yang disebut sebagai "tempat masuk". Contohnya, salur masuk yang terbentuk daripada proses glasier dan fiord yang dapat ditemui di kawasan garis pantai yang berbukit bukau.
altered tasterasa terubahKejururawatanTiadaKeupayaan deria rasa untuk merasai manis, pahit, masam, atau masin yang berubah akibat gangguan pada reseptor gustatori.
estuarymuaraSains MarinTiadaBahagian mulut sungai yang melebar ke laut. Di sinilah aliran pasang surut berlaku yang mengakibatkan percampuran air masin dan air tawar.
edwardsiellosisedwardsielosisPerikananAkuakulturPenyakit ikan yang disebabkan oleh bakteria Edwardsiella sp. Penyakit ini menyerang ikan air tawar, ikan air payau dan ikan air masin. Gejala penyakit adalah berbeza antara satu spesies dengan spesies yang lain. Antara contoh gejalanya ialah ikan berenang berpusing-pusing, ikan berkeadaan lemah, timbul ulser yang kecil pada badan atau septisemik dan pembentukan abses, serta perdarahan pada sirip.
seagrassrumput lautSains MarinTiadaTumbuhan berbunga (Angiosperma) yang tumbuh dalam persekitaran laut. Terdapat lebih daripada 60 spesies rumput laut yang telah dikenal pasti hidup di kawasan air masin. Tumbuhan ini dinamakan sebagai rumput laut kerana kebanyakan spesies menyerupai spesies rumput daratan, iaitu bentuk daun yang panjang dan nipis, serta mempunyai akar rizom. Seperti semua tumbuhan autotrofik, rumput laut melakukan fotosintesis, dan biasanya hidup di kawasan perairan cetek dan terlindung. Contohnya, rumput setu.
tidal marshrawang pasang surutSains MarinTiadaRawa yang mempunyai jumlah kandungan air yang selalu berubah-ubah disebabkan oleh pengaruh pasang surut air laut. Air selalu berganti dalam beberapa waktu mengakibatkan keadaan air menjadi tidak terlalu masin sehingga beberapa spesies fauna dan flora mampu beradaptasi dalam lingkungan ini.
salt marshrawang garamSains MarinTiadaEkosistem pesisir di zon atas kawasan pasang surut pesisir di antara daratan dan air laut terbuka atau air payau. Kawasan ini sentiasa digenangi air ketika arus pasang. Ekosistem rawang garam didominasi oleh tumbuhan yang tahan masin seperti pokok herba, rumput dan tumbuhan renek. Kehadiran tumbuhan daratan penting untuk kestabilan rawang garam kerana memerangkap dan mengikat sedimen. Rawang garam memainkan peranan yang utama dalam jaringan makanan akuatik dan penyebaran nutrien ke perairan pesisir selain memberi perlindungan kepada pantai.

Kembali ke atas