ecriture feminine | penulisan feminin | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan yang bersifat feminin tanpa mengambil kira penulisnya lelaki atau wanita. Penulisan feminin berbeza dengan penulisan maskulin dari segi bahasa atau wacana maskulin. Menurut pandangan ahli teori Ecriture Feminine, iaitu Helene Cixous, Viginia Woolf, Luce Irigaray, dan Julia Kristeva, tubuh dan pengalaman wanita menjadi rangsangan untuk penulisan feminin. Penulisan ini bersumberkan prabahasa manusia yang bersifat kreatif, terbuka, anjal dan pelbagai. Namun penulisan feminin sukar dihasilkan kerana dominasi wacana maskulin yang bersifat rasional, terarah, tegar, dan tertutup. Penulisan feminin dikenali juga sebagai penulisan wanita. |
bachelors chest | meja bujang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja Inggeris pada kurun ke-18 yang mempunyai daun pintu di bahagian bawah, dan apabila dibuka akan menjadi permukaan atas meja. Selain pintu, meja bujang juga mempunyai laci untuk menyimpan barang. Bahagian atas meja pula sering kali dijadikan sebagai tempat meletakkan buku atau lampu tidur jika diletakkan bersebelahan dengan katil. Biasanya, meja bujang berwarna gelap dan bentuknya direka dengan berimejkan maskulin, walaupun tidak ada peraturan yang mengatakan bahawa meja bujang tidak boleh digunakan oleh orang perempuan. |