Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ gian bp penagih dadah; ~ jenin orang yg suka berangan-angan; ~ salih sebutan utk orang Eropah (terutama orang Inggeris). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mat I

Puisi
 

Cik Mat anak Palembang,
     Buat ladang tanam padi;
Kalau dah tahu rimau garang,
     Baik duduk tempat yang tinggi.


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
check matsyahmatSukanTiadaTiada
bamboo mat boardpapan hamparan buluhBuluhTiadaPapan yang dihasilkan daripada anyaman bilahan buluh yang disapu perekat serta disusun secara berlapis sebelum dikenakan tekanan dan haba. Sinonim papan lapis hamparan buluh, papan lapis hamparan anyaman buluh.
bamboo mat weaving plywoodpapan lapis hamparan anyaman buluhBuluhTiadaLihat papan hamparan buluh.
bamboo mat plywoodpapan lapis hamparan buluhBuluhTiadaLihat papan hamparan buluh.
checkmatSukanTiadaTiada
qasidaqasidahKesusasteraanPuisiBentuk puisi awal berkembang dalam kesusasteraan Arab. Bentuk ini sukar diterjemahkan mengikut pola, irama dan rima yang lazim terdapat pada puisi Melayu tradisional. Walau bagaimanapun masyarakat MeJayu sering menyanyikannya dalam bentuk yang asal. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisional yang dipetik dari buku Harun Mat Piah. Fadlu gaya syida Rab, Ya Rabbi hai yik Jana min amrina rosyada Wa jaal manu, matahal muna lana hadada Ya lin, ya lin, ya lin
kit'ahkit'ahKesusasteraanPuisiPuisi yang berkembang dalam kesusasteraan Arab-Parsi. dalam unsur Arab kit'ah bermakna berkerat-kerat, terputus-putus atau berpatah-patah. Lazimnya bentuk kit'ah ini tidak dikongkong oleh sesuatu ikatan sama ada pola, irama mahupun rima. Tema dan persoalan yang diungkapkan dalam baris-baris kit'ah ini berkisar pada nasihat atau panduan hidup masyarakat. Bentuk kit'ah ini dapat dilihat pada contoh yang dipetik daripada buku Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Jikalau kulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kudapat bezakan pada antara rakyat dan sultan. Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman. Barangsiapa yang di atas bumi itu lenyap jua.
legendlegendaKesusasteraanTiadaCerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbentuk prosa. Legenda ialah cerita yang dianggap benar oleh masyarakat kerana cerita ini sering dikaitkan dengan sistem kepercayaan setempat. Namun, legenda bersifat lebih profan berbanding mitos. Legenda yang popular ialah legenda keramat seperti �Keramat Lebai Kader�, �Kerama Kubur Panjang�, dan �Mahsuri�. Legenda tokoh diperlihatkan melalui cerita �Mat Salleh�, �Tok Janggut�, �Puteri Saadong�, dan legenda pendosa seperti �Si Tanggang� dan �Malim Kundang�.
main puterimain puteriKesusasteraanTiadaUpacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanuman, Jin Selakah tunggal, Bota dan semangat itu tidak bertanggungjawab, semangat tersebut akan dilepaskan. Proses ini berlaku sehingga semangat berkenaan dikenal pasti. Kemudian Tok Minduk akan melakukan proses tawar-menawar dengan semangat ini untuk memintanya meninggalkan tubuh badan si pesakit. Selepas mendapat persetujuan, semangat berkenaan pun keluar dan si pesakit akan pulih. Seterusnya, si pesakit akan bergerak dan menari yang menandakan bahawa dia telah pulih. Proses pengubatan tradisional main puteri masih lagi diamalkan di Kelantan. Antara tokoh main puteri yang tersohor ialah Bakar Daud (Bachok), Tok Minduk awang Omar (Tumpat) dan Pak Mat tok Teri (Gunung).
magical realismrealisme magisKesusasteraanTiadaKaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya dengan kepercayaan, adat resam, sastera rakyat, dan mitosnya yang dibauri oleh elemen magis dan keajaiban. Realisme magis terus menapak dalam tradisi sastera Amerika Latin, walaupun penulis dari negara lain juga memaparkan realisme magis dalam karya mereka. Antara contoh terpenting yang menerapkan realisme magis ialah novel berjudul Cien Anos de Soledad atau One Hundred Years of Solitude oleh novelis Colombia Gabriel Garcia Marquez yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan judul Sumpah Tujuh Keturunan oleh Zulkifli Ahmad. Novel ini memasukkan pelbagai peristiwa seperti anak kecil yang makan lumpur, watak yang terbang ke syurga, wabak sukar tidur, kealpaan yang meluas dalam kalangan penduduk sebuah masyarakat sehingga setiap benda perlu ditulis namanya untuk ingatan semua. Di luar Amerika Latin, penulis yang mengamalkan realisme magis termasuklah Gunter Grass, Angela Carter, John Fowles, Emma Tennant dan lain-lain. Contoh realisme magis dalam sastera Melayu ditemui dalam karya Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Hj. Muhammad dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga cerita seram, novel, novel gotik.

Kembali ke atas