Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj kudis yg bernanah (pd kaki dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Orang mengail di lubuk licin,
     Dapat ikan beliak mata;
Sudah terpandang dahi licin,
     Rasa nak putus urat mata.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exophthalmiaeksoftalmiaPerikananAkuakulturPerubahan abnormal pada ikan yang merujuk kepada bahagian mata yang terbonjol keluar daripada soket mata ikan. Keadaan ini boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Kebiasaannya eksoftalmia berpunca daripada jangkitan penyakit, masalah pengurusan kesihatan ikan atau masalah genetik.
channel catfish virus (CCV)virus ikan keli terusan (CCV)PerikananAkuakulturSejenis herpesvirus, Ictalurid Herpesvirus 1 daripada famili Alloherpesviridae yang menyebabkan penyakit kepada ikan berduri seperti ikan patin, keli dan baung. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti kembung perut/perut buncit, mata membonjol dan perdarahan di sirip dan otot.
sick fishikan sakitPerikananAkuakulturIkan yang menunjukkan simptom seperti mata membonjol, sisik tanggal, sisik menegak, sirip dan ekor mereput, badan berubah warna, luka, timbul ulser, lesi dan berkeadaan lemah.
streptococcosisstreptokokosisPerikananAkuakulturSejenis penyakit pada ikan yang disebabkan oleh bakteria daripada famili Streptococcaceae. Streptokokosis menyebabkan ikan berenang secara berpusing-pusing dan mata membonjol.
clinical signstanda-tanda klinikalPerikananAkuakulturCiri-ciri abnormal yang boleh diperhatikan secara luaran dan dalaman ikan, seperti luka, perdarahan, mata membonjol, sisik tanggal, ginjal membengkak, dan hati pucat.
infosuriainfosuriaPerikananAkuakulturSejenis zooplankton yang sangat halus dan seni yang terdapat di dalam air tawar. Saiz infosuria yang kecil membuatkannya sesuai untuk dijadikan sebagai makanan anak ikan yang baru menetas dengan saiz pembukaan mulut anak ikan yang kecil seperti anak ikan ketutu. Infosuria diperlukan untuk pembentukan dan memenuhi keperluan nutrisi anak ikan. Infosuria boleh dihasilkan dengan merendam bahan tumbuhan seperti kulit betik atau kubis di dalam bekas berair sehingga mereput. Infosuria juga boleh dilihat dengan mata kasar sebagai benda asing atau serbuk berwarna putih yang berenang secara putaran di atas permukaan air pada waktu pagi.
copepodkopepodPerikananAkuakulturKumpulan krustasea seni yang hidup di dalam air masin atau air tawar. Kopepod mempunyai satu mata ringkas, bercangkerang dan berenang di dalam air. Kopepod juga digunakan sebagai makanan hidup untuk larva ikan marin bagi peringkat awal kopepod.
reality effectkesan realitiKesusasteraanTiadaButiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi.� Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan.
cladocerakladoseraPerikananAkuakulturSejenis haiwan daripada kumpulan krustasea atau kebiasaannya dikenali sebagai kutu air. Kladosera menghuni habitat berair tetapi jarang didapati di dalam laut. Kebanyakan kladosera bersaiz antara 0.2 ­– 6.0 mm panjang dengan kepalanya berpusing ke bawah, dan karapas yang menutupi toraks dan abdomennya kelihatan tidak bersegmen. Haiwan ini boleh dilihat dengan mata kasar tetapi struktur badannya hanya dapat dilihat jelas dengan menggunakan mikroskop. Kladosera membiak secara partenogenesis, iaitu secara aseksual pada masa dan keadaan yang sesuai. Kladosera yang digunakan di pusat penetasan untuk mengasuh anak ikan ialah moina dan Daphnia magna.

Kembali ke atas