mature culm | kulma matang | Buluh | Tiada | Batang buluh matang yang telah lengkap proses lignifikasinya, biasanya berumur lebih tiga tahun dan tidak mempunyai pelepah kulma serta miang buluh. Kulma matang berwarna lebih gelap serta bertompok putih. |
matured gonad | gonad matang | Perikanan | Akuakultur | Keadaan apabila gonad betina atau jantan yang telah mencapai tahap matang dan bersedia untuk pembiakan. |
long-term asset | aset jangka panjang | Ekonomi | Tiada | Aset kewangan yang mempunyai masa matang yang panjang, biasanya satu tahun atau lebih, atau yang tidak mempunyai masa matang yang pasti. Misalnya, simpanan tetap yang melebihi satu tahun, bon yang hanya boleh ditebus selepas satu tahun. |
last survivor endowment assurance | insurans endowmen pemandiri terakhir | insurans | Tiada | Amaun diinsuranskan yang dibayar pada tarikh matang atau semasa kematian pemandiri terakhir daripada beberapa hayat yang diinsuranskan, jika kematian tersebut berlaku sebelum tarikh matang polisi. |
political development | pembangunan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan politik sesebuah masyarakat yang sudah mencapai satu tahap yang baik atau matang. Politik yang maju sering dilihat sebagai memuaskan hati rakyat, dapat memelihara hak dan kepentingan orang ramai, berupaya memajukan ekonomi negara serta sentiasa dapat memelihara kestabilan dan keamanan. Dalam persoalan ini, timbul perdebatan mengenai negara yang lebih matang tahap politiknya. Bagi negara demokrasi, mereka mendakwa lebih matang dalam politik begitu juga dengan negara sosialis dan komunis yang mendakwa sedemikian. Contohnya, pembangunan politik negara-negara Scandinavia sangat pesat dan tinggi. Sinonim kemajuan politik. |
master | dewasa matang | Sukan | Lumba Basikal | Kategori pelumba yang berumur 30 tahun dan ke atas. |
mature economy | ekonomi matang | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang cukup maju, yang sudah sampai ke tahap pertumbuhan terakhir, apabila sektor dalaman sudah cukup teguh dan berupaya mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Sektor luar dicirikan oleh pelaburan ke luar negeri yang besar. Istilah ini mula digunakan oleh Rostow untuk merujuk tahap pertumbuhan ekonomi yang boleh dicapai oleh sesebuah negara. Kegiatan ekonomi lebih banyak tertumpu pada sektor perkhidmatan dan peningkatan taraf hidup. |
maturity bonus | bonus matang | insurans | Tiada | Bonus yang dibayar pada akhir tempoh kontrak insurans hayat. |
maturing value | nilai matang | insurans | Tiada | Amaun yang akan dibayar sekiranya insured masih hidup di akhir tempoh sesuatu polisi endowmen atau selepas insured mencapai sesuatu umur tertentu, (biasanya 99 tahun) bai polisi insurans hayat seumur hidup. |
maturity date | tarikh matang | insurans | Tiada | Tarikh bayaran amaun muka bagi polisi endowmen ketika insured masih hidup. |