Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.té.ria.lis.tik] | ماتيرياليستيک

Definisi : (matérialistik) berkaitan dgn ke­bendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan: bangsa Melayu semakin bersifat ~ sekarang ini, sedangkan sebelum ini, orang Melayu lebih bersifat spiritualistik; kita mesti menolong sesiapa sahaja dgn mengetepikan soal ~ itu sejauh yg mungkin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata materialistik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
patriarchypatriarkiKesusasteraanTiadaInstitusi sosial yang meletakkan lelaki sebagai pemegang kuasa dominan atau utama. Contoh kuasa boleh diperlihatkan melalui peranan utama yang dimainkan oleh lelaki dalam pentadbiran, institusi sosial, pemilikan, dan pewarisan harta. Patriarki dikaitkan dengan nilai seperti sikap persaingan dan bukan empati, intelek dan bukan intuisi. Nilai ini membawa kepada sikap materialistik dan keinginan untuk berkuasa dan menakluk. Walau bagaimanapun, konsep patriarki tidak membawa maksud monolitik kerana ciri-ciri patriarki turut bergantung pada konteks budaya yang khusus, menyebabkannya berbeza dari satu budaya kepada budaya yang lain. Contohnya, kritikan feminis dalam bidang sains sosial dan kesusasteraan berpusat kepada kritikan hegemoni patriarki. Para pengkritik feminis berpendapat bahawa patriarki dapat dilihat dari pelbagai aspek kehidupan. Contohnya, dalam sektor ekonomi, wanita dibayar upah yang lebih rendah berbanding lelaki walaupun menjalankan tugas yang sama. Dari segi budaya, contohnya dalam media massa,

Kembali ke atas