Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mat.la.mat] | متلامت

Definisi : 1. sasaran, bulan-bulan; 2. ki sesuatu yg hendak dicapai, tujuan: kempen akan dija-lankan sehingga ~ yg dikehendaki itu ber-jaya; bermatlamat mempunyai matlamat: tajuk ini ~ melahirkan manusia yg berkualiti; bermatlamatkan mempunyai sesuatu sbg matlamat: banyak juzuk dlm disiplin falsafah al-Farabi ~ politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mat.la.mat] | متلامت

Definisi : 1 apa-apa yg dituju sewaktu menembak, memanah dsb; mata alamat; sasaran. 2 apa-apa yg hendak dicapai dlm sesuatu usaha; tujuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
matlamat (kata nama)
Bersinonim dengan tujuan, obejektif, sasaran, kehendak, hajat, hasrat, niat, maksud, impian, cita-cita, harapan, misi, motif, destinasi, inspirasi, haluan, bulan-bulan, sekip;,
Kata Terbitan : bermatlamat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
goal determinationpenentuan matlamatPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses menggariskan matlamat yang hendak dicapai bagi sesuatu rancangan.
goal specificationspesifikasi matlamatPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses yang menjelaskan matlamat sesuatu rancangan dengan terperinci.
goal achievement matrixmatriks pencapaian matlamatPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu teknik analisis yang digunakan untuk menilai beberapa rancangan alternatif dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.
patient objectiveobjektif pesakitKejururawatanTiadaMatlamat yang ditentukan oleh pesakit semasa mengalami masalah kesihatan, yang berkait rapat dengan objektif kejuruteraan. Matlamat ini berguna untuk penyembuhan pesakit.
curriculum developmentpembangunan kurikulumTeknologi Maklumate-PembelajaranPembentukan kurikulum yang meliputi langkah-langkah meletakkan keutamaan matlamat pendidikan, mereka bentuk kandungan kaedah dan bahan yang diperlukan untuk mencapai matlamat, melaksanakan pelbagai aktiviti dan pengalaman yang meliputi keseluruhan program pendidikan dan mengubah suai rancangan berasaskan data daripada penilaian. Dalam persekitaran e-pembelajaran, pembangunan kurikulum merujuk kepada proses menjana dokumen rasmi secara terancang dan sistematik untuk pelaksanaan pembelajaran yang bermakna.
political ideologyideologi politikSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman atau pegangan sesuatu kelompok berasaskan satu sistem pemikiran yang tersusun bagi membina kehidupan yang sejahtera. Fahaman ini mempunyai satu matlamat yang unggul dan kaedah yang terperinci untuk mencapai matlamat tersebut. Ideologi ini mempengaruhi budaya, sistem politik, ekonomi dan pendidikan masyarakat serta turut melahirkan berbagai-bagai program dan perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Konsep ideologi berasal daripada dua gabungan istilah iaitu idea dan logik atau idea yang logik. Contohnya, demokrasi, sosialisme, komunisme, fasisme dan konservatisme. Sinonim ideologi.
action theoryteori tindakanSains PolitikPolitik PerbandinganTeori yang menganalisis tingkah laku atau tindakan seseorang aktor politik. Teori ini bermula dengan menganalisis matlamat, harapan, nilai dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tersebut dan juga tahap pengetahuan aktor terhadap situasi tindakan yang telah diambil. Teori ini telah diperkenalkan oleh Max Weber dan kemudiannya dikembangkan oleh Talcott Parsons dalam kajian beliau berhubung dengan pencapaian sesebuah organisasi.
action orientedberorientasikan tindakanSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk orientasi yang bukan sekadar bersifat tingkah laku semata-mata, tetapi lebih menggambarkan atau menjelaskan matlamat sebenar tujuan tindakan itu diambil. Dalam amalan pentadbiran sesebuah institusi atau kerajaan, orientasi ini merupakan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, setiap tindakan yang diambil bermotifkan untuk mencapai sasaran dan juga visi tertentu. Contohnya, Dasar Pandang ke Timur merupakan satu dasar yang berorientasikan tindakan.
goalmatlamat; gol (Bola Sepak), pelengkapLinguistikTiadaTiada
goalmatlamat; gol (Bola Sepak)PendidikanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas