الشافعى | Imam Syafi'iyy; mazhab Syafiieyy; pengikut mazhab Syafi'iyy | Agama Islam | Fiqh | 1 Muhammad bin Idris 2. Aliran fikiran mazhab Syafi'iyy 3. Orang yang menganut aliran mazhab Syafi'iyy. |
الشافعية | pengikut mazhab Syafi‘iyy | Agama Islam | Fiqh | Orang yang mengikut aliran mazhab Syafi‘iyy. |
bai‘ fuduliy | jual beli fuduli/jual beli tanpa izin | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli barangan milik orang lain tanpa keizinan atau tanpa diberi kuasa oleh pemiliknya. Urus niaga ini tidak sah mengikut Mazhab Syafii, tetapi Mazhab Hanafi menerimanya dengan syarat mendapat pengesahan pemilik barangan tersebut. |
‘aqar | harta tak alih | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang tidak boleh dipindahkan seperti tanah dan bangunan. Mengikut mazhab Hanafi, pokok dan binaan tidak dianggap sebagai ‘aqar melainkan disebut berserta tanah dalam akad. Manakala mengikut mazhab Maliki, Syafii dan Hambali, ‘aqar juga termasuk semua yang boleh dipindahkan dan diubah tetapi hendaklah bersentuhan dengan tanah seperti rumah atau pokok. |
wakil | wakil | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang dilantik dalam akad wakalah. Wakil individu hendaklah berakal dan baligh tetapi dalam mazhab Syafii, individu yang mumaiyiz boleh juga dilantik sebagai wakil hanya untuk urusan memasuki rumah, menyampaikan hadiah, menunaikan haji, kerja sukarela, menyembelih binatang korban dan mengagihkan zakat. Dalam mazhab Hanafi, kanak-kanak yang mumaiyiz boleh dilantik sebagai wakil. |
‘akad fuduli | akad tanpa keizinan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh pihak yang berurus niaga harta dan pihak tersebut tidak mempunyai sebarang autoriti terhadap harta itu. Mengikut mazhab Hanafi, akad fuduli hanya sah sekiranya pemilik harta memberi keizinan. Mengikut mazhab Syafii dan Hambali, akad fuduli terbatal dan tidak sah. |
riba' yad | riba yad | Perniagaan Islam | Tiada | Tangguhan penerimaan serahan produk yang berlaku dalam pertukaran barangan ribawi yang dilakukan secara tunai sama ada yang sama atau berbeza jenis dan mempunyai ilat produk ribawi yang sama tanpa disebut tempoh tangguhan yang tertentu. Penjenisan riba' yad diterima oleh mazhab Syafii, manakala mazhab Hanafi menyamakankan riba ini seperti riba’ nasi’ah. |
capital merger | percampuran modal | Ekonomi | Ekonomi Islam | Modal yang disatukan daripada pelbagai pihak yang berkongsi. Percampuran modal berlaku dalam dua bentuk, iaitu percampuran modal fizikal dan percampuran modal hukum. Jumhur ulama berpendapat bahawa penyatuan modal tidak menjadi syarat kepada pembentukan perkongsian tetapi terdapat sebahagian ulama daripada mazhab Syafii dan mazhab Zahiriyyah yang memerlukan syarat tersebut. |
denomination | denominasi; mazhab | Kependudukan | Tiada | Tiada |
communistic school | mazhab komunistik | Pendidikan | Tiada | Tiada |