metacriticism | metakritikan | Kesusasteraan | Tiada | Wacana kritikan yang meneliti prinsip, asas, dan kaedah kritikan sastera. Contohnya, penulisan teori yang mengetengahkan fungsi kritikan seperti dalam buku The Anatomy of Criticism hyang ditulis oleh Northrop Frye, manakala buku Medan-medan dalam Sistem Persuratan Melayu oleh Mohd. Affandi Hassan pula mempersoalkan gagasan dalam buku Puitika Melayu oleh SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh. |
far field | medan jauh | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Medan atau zon dengan keamatan bunyi yang merosot secara kadar songsang dengan jarak. Dalam medan ini, prob boleh mengesan dan menentukan saiz ketakselanjaran pada bahan. Medan ini dikenali juga dengan nama zon Fraunhofer. Lihat juga jarak medan dekat. |
field emission | pancaran medan | Fizik | Nanoteknologi | Penerowongan kuantum yang elektronnya merentasi suatu halangan di bawah pengaruh medan elektrik yang tinggi. Fenomena ini amat bergantung pada sifat bahan dan bentuk katod tertentu sehingga nisbah aspek tinggi menghasilkan arus pancaran medan yang tinggi. Pancaran medan digunakan sebagai sumber elektron dalam elektron ingatan kilauan, mikroskop, sistem mikroelektromekanik (MEMS) dan paparan pancaran medan. Pancaran ini dikenali juga sebagai penerowongan Fowler-Nordheim. |
electron beam | alur elektron | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Aliran elektron yang dihasilkan oleh haba (pancaran termion), hentaman yang dikenakan pada atom atau zarah (pancaran elektron sekunder) atau medan elektrik (pancaran medan) yang kuat. Elektron diselarikan (kolimat) oleh lubang dan celahan. Keadaan lubang dan celahan yang mempunyai medan elektrik dan medan magnet menyebabkan elektron dibelokkan, difokuskan, dan bertenaga. |
quadrupole | caturkutub | Kimia | Kimia Analisis | 1. Medan elektrik atau medan magnet yang tidak simetri disebabkan taburan elektron yang tidak seragam. 2. Alat yang terdiri daripada empat kutub untuk memesongkan pecahan molekul bercas dalam spektrometer jisim. |
electromagnetic sensor | sensor elektromagnet | Fizik | Nanoteknologi | Penderia yang menggunakan perubahan pada medan elektrik atau medan magnet secara pasif atau aktif yang berubah dengan masa untuk mengesan sesuatu parameter. Contohnya, penggunaan sistem radar untuk mengesan fenomena atmosfera yang berkemungkinan berbahaya kepada kapal terbang atau dalam penggunaan perisikan bagi mengesan isyarat mikrogelombang jarak jauh, kesan daripada pergerakan pernafasan manusia. |
motor | motor | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang terdiri daripada gelung elektromagnet dan angker yang berputar dalam medan magnet atau gelung medan magnet. |
near field distance | jarak medan dekat | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Jarak yang hampir di hadapan prob yang menyebabkan keamatan gelombang ultrasonik berubah-ubah. Jarak medan dekat ini dikenali juga sebagai medan Fresnel atau zon Fresnel. Jarak ini boleh dikira dengan formula seperti yang berikut: N = D^2/4 λ, Dengan D ialah garis pusat prob dan λ ialah jarak gelombang. Lihat juga sudut serak alur. |
magnetostrictive effect | kesan magnetostriktif | Fizik | Nanoteknologi | Perubahan dimensi suatu bahan apabila dikenakan medan magnet arus terus. Kesan ini digunakan untuk mengukur medan magnet sekecil 10-9 tesla dengan cara suatu palang tuas mikroelektromekanik (MEMS) disalut dengan bahan yang memberikan kesan magnetostriktif yang menyebabkan tuas tersebut melentur apabila dikenakan medan magnet dan seterusnya mengubah frekuensi resonans. |
pedestrian mall | medan pejalan kaki | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Medan yang dikhaskan untuk pejalan kaki di kawasan membeli-belah yang hanya boleh dimasuki oleh kenderaan perkhidmatan seperti bomba, ambulans, dan sebagainya. |