Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata media cetak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
print mediamedia cetakKomunikasiKorporatSistem dan alat penyaluran maklumat daripada sumber kepada khalayak secara bercetak. Media cetak bertindak sebagai sistem apabila proses pengumpulan dan penyebaran maklumat menggunakan tatacara dan proses tertentu yang ditetapkan oleh sistem dalam sesebuah masyarakat. Media cetak bertindak sebagai alat pula apabila media digunakan untuk menyebarkan maklumat. Pengurusan maklumat melalui media cetak tertakluk kepada persetujuan sistem yang diwujudkan. Dalam komunikasi korporat, media cetak bertindak sebagai alat penyaluran maklumat organisasi kepada khalayak. Maklumat boleh dalam bentuk tulisan dan visual. Media tersebut menyediakan ruang cetakan kepada pihak pengiklan untuk mempromosikan maklumat barangan atau perkhidmatan kepada khalayak. Berdasarkan teori difusi yang dikemukakan oleh Everret M. Rogers (1962), penggunaan media cetak berkesan bagi sebarang kempen yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan minat khalayak terhadap mesej pengiklanan barangan atau perkhidmatan.
minimum depthkedalaman minimumKomunikasiKorporatUkuran saiz iklan terkecil yang ditetapkan oleh pihak media cetak. Pada Kebiasaannya, pihak media cetak akan mengenakan syarat pembelian ruang terkecil dalam sesuatu penerbitan. Setiap penerbitan mempunyai ukuran kedalaman minimum masing-masing yang perlu diketahui oleh pihak agensi pengiklanan dan pengiklan. Saiz terkecil yang biasa digunakan adalah tidak kurang daripada 2.54 cm tinggi bagi satu lajur. Sekiranya pihak agensi pengiklanan ingin membeli lapan lajur ruang iklan, maka mereka perlu menempah lapan kali ganda ketinggian ruang iklan yang bersamaan dengan 20.32 cm tinggi ruang. Oleh itu, kedalaman minimum akan membantu perancang pengiklanan untuk menyediakan bahan dan juga kos yang sesuai dalam strategi pengiklanan yang ingin dilaksanakan.
open ratekadar terbukaKomunikasiKorporatBayaran asas tertinggi untuk ruang iklan dalam media cetak. Pada kebiasaannya, hanya satu iklan disiarkan di sesuatu ruang dalam media cetak. Kebanyakan ruang ini istimewa dan khusus seperti helaian sisipan dalam akhbar. Pengiklan tidak mendapat sebarang diskaun sekiranya membeli ruang ini. Kadar bayaran ini menjamin siaran iklan yang dominan dan tidak terlepas daripada mendapat perhatian khalayak. Walaupun kadar asas yang dibayar itu tinggi tetapi menjamin pulangan faedah yang maksimum kepada pengiklan.
franchise positionkedudukan tempahanKomunikasiKorporatHalaman dalam media cetak atau ruang masa siaran tertentu dalam media elektronik yang digunakan untuk penerbitan atau penyiaran sesuatu iklan melalui kaedah tempahan oleh pihak agensi pengiklanan dengan persetujuan pihak penerbit. Dalam media cetak, halaman tersebut digunakan untuk menerbitkan iklan secara berterusan pada halaman yang sama sehingga tempoh tempahan berakhir. Kaedah yang sama juga digunakan dalam media elektronik kerana iklan akan terus disiarkan pada masa yang sama sepanjang tempoh tempahan. Kedudukan ruang dan masa yang ditempatkan boleh diperbaharui atas persetujuan agensi pengiklanan dan penerbit. Pada kebiasaannya, tempoh kedudukan tempahan minimum bagi setiap penerbitan iklan di Malaysia adalah sebulan.
print mediamedia cetakKomunikasiTiadaBahan yang diterbitkan melalui proses percetakan seperti buku, akhbar, majalah, brosur dan sebagainya.
deckheadjudul lapisKomunikasiTiadaJudul berita di dalam media cetak yang disusun menjadi dua atau tiga baris dengan ukuran huruf yang berbeza untuk menarik perhatian pembaca.
feature pagehalaman rencanaKomunikasiTiadaHalaman di dalam media cetak yang telah dikhususkan kepada berita yang berunsur rencana.
quarterlyterbitan suku tahunanKomunikasiTiadaPenerbitan sesuatu bahan media cetak dalam tempoh tiga bulan sekali.
cursivekursifKomunikasiTiadaBentuk huruf miring yang digunakan dalam media cetak bagi memberi makna khusus pada perkataan atau ayat tertentu.
preferred positionletak istimewaKomunikasiKorporatBahagian atau ruang dalam media cetak yang menjadi pilihan utama pihak pengiklan untuk mengiklankan barangan atau perkhidmatan. Kedudukan iklan ini perlu ditempah dan dibayar lebih awal bagi memastikan ruang tersebut diperoleh. Tujuan pembayaran lebih awal adalah untuk membolehkan pengiklan menentukan halaman dan bahagian tertentu dalam sesuatu halaman penerbitan. Pemilihan ini hanya dilakukan setelah pengiklan bersetuju membayar kos ruang melebihi 10% hingga 50% daripada kadar biasa. Matlamat utama pemilihan ini dibuat adalah untuk memastikan iklan yang disiarkan dapat menjangkau khalayak yang disasarkan. Contohnya, pengiklan menempah kedudukan iklan untuk barangan sukan di halaman sukan dalam sesebuah akhbar. Sinonim kedudukan penuh.
12345678

Kembali ke atas