Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata media elektronik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
media clipklip mediaTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu segmen pendek media elektronik sama ada dalam bentuk video atau audio yang digunakan sebagai sebahagian daripada kandungan bahan pengajaran.
shout-outucap seruUmumTiadaUcapan penghargaan, pujian atau pengiktirafan yang ditujukan kepada individu, kumpulan atau khalayak umum sama ada secara semuka atau secara langsung melalui media elektronik.
oralitykelisananKesusasteraanTiadaSituasi budaya yang memperlihatkan kebergantungan masyarakatnya kepada ujaran lisan. Dua jenis keadaan kelisanan ialah kelisanan primer dan sekunder. Kelisanan primer wujud dalam masyarakat pratulisan, iaitu seluruh komunikasi dikendalikan secara pendekatan dengan tutur, manakala kelisanan sekunder berlangsung dalam masyarakat tulisan, tetapi masih memanfaatkan komunikasi secara lisan. Contohnya, dalam media elektronik seperti telefon atau televisyen. Lihat juga sastera lisan.
e-learninge-pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranMod pendidikan atau latihan yang menggunakan peranti elektronik dan media digital dalam pelaksanaannya. Mod ini membolehkan pembelajaran berlaku mengikut mampu diri pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Bahan dan aktiviti pembelajaran disediakan dalam pelbagai bentuk media digital interaktif yang boleh diakses oleh pelajar menggunakan perkakasan dan perisian yang bersesuaian.
e-discussione-perbincanganTeknologi Maklumate-PembelajaranPerbincangan mengenai sesuatu topik secara elektronik melalui platform media sosial.
KindleKindle-TiadaPeranti elektronik yang dibangunkan oleh Amazon untuk membantu pembaca melayari, membeli, memuat turun, dan membaca e-buku, surat khabar, majalah dan media digital lain.
emojiemojiKomunikasiTiadaTanda, lambang atau ikon bergambar yang digunakan dalam komunikasi elektronik seperti teks mesej, e-mel dan hantaran dalam media sosial untuk menzahirkan emosi pengguna bagi menyampaikan maklumat dengan ringkas. Emoji terdapat dalam pelbagai jenis rupa, iaitu air muka, objek, tempat, cuaca dan haiwan.
e-literaturee-sasteraKesusasteraanTiadaGenre kesusasteraan yang muncul dalam era teknologi elektronik dan digital. Karya sastera diterbitkan secara hiperteks dalam media maya.

Kembali ke atas