Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ga] | ميݢ

Definisi : (méga) I awan; ~ berangkat awan naik (meningkat); ~ berarak a) awan yg beriring-iring; b) sj ukiran; ~ mendung awan yg mengandungi hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ga] | ميݢ

Definisi : (méga) terlalu besar atau hebat (bkn projek, pembangunan, jualan dsb): antara projek ~nya ialah Koridor Raya Multime-dia; jualan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ga] | ميݢ

Definisi : /méga/ awan. ~ berarak a. awan yg bergerak beriring-iringan. b. nama sj ukiran. ~ mendung awan yg membawa air hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mé.ga] | ميݢ

Definisi : /méga/ sangat besar atau hebat (bkn projek, jualan dsb): Kamus itulah antara projek ~ Bahagian tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mega

Puisi
 

Di waktu panas ketika rembang,
     Hujan ribut awan dan mega;
Penglipur lara penawar bimbang,
     Ingatan abang tidak dua tiga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

47

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Bayang-bayang tidak sepanjang badan

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Bayang-bayang tidak sepanjang badan. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
megamegaFizikTiadaTiada
megamegaKejuruteraanTiadaTiada
megamergerspenggabungan megaKomunikasiKorporatProses mencantumkan operasi dua atau lebih syarikat yang mempunyai kelompok perniagaan atau kepentingan perniagaan yang sama. Ciri utama percantuman itu adalah menstruktur semula pengurusan kewangan, sumber manusia, rangkaian operasi, dan logistik. Matlamat utama adalah untuk memaksimumkan keuntungan dan mewujudkan keberkesanan kos. Dalam komunikasi korporat, bidang yang terlibat dalam aktiviti ini ialah bidang perbankan dan telekomunikasi (penyiaran, media cetak, dan teknologi komunikasi maklumat). Dari segi pemasaran dan publisiti, pendekatan ini memudahkan dan menguntungkan syarikat kecil yang terlibat dalam penggabungan mega tersebut. Selain itu, pendekatan ini boleh mengurangkan risiko dan menjamin pengekalan operasi.
meggerpenguji megaTeknikElektrikMeter untuk mengukur rintangan yang tinggi sehingga ke 1000 megaohm. Meter ini mungkin dikendalikan secara penjana arus terus yang digerakkan dengan tangan atau dikendalikan dengan bateri. Sinonim meter megaohm.
megapreneurusahawan megaPerniagaanTiadaIndividu atau kumpulan yang mempunyai perniagaan yang telah berkembang maju sehingga ke peringkat antarabangsa.
meggermegerTeknikElektrikLihat penguji mega.
megaohm metermeter megaohmTeknikElektrikLihat penguji mega.
Whirpool galaxygalaksi PusarMatematikTiadaGalaksi pilin jenis Sc yang depan berdepan dengan bumi sejauh 6 mega perseks dan terletak di dalam buruj Canes Venatici.
megabyte (MB)megabait (MB)Teknologi MaklumatTiadaUnit ukuran bersamaan dengan 220 (1,048,576 bait) yang sama juga 220 bit ingatan. Mega bermaksud besar.
FDDI (fibre distributed data interface)FDDI (antara muka data teragih gentian)Teknologi MaklumatTiadaPengkabelan gentian optik mengikut piawai ANSI bagi rangkaian kawasan setempat(LAN) 100 mega bit per saat .
12

Kembali ke atas