chafer | kumbang Mei | Perhutanan | Tiada | Tiada |
Maybeetle | kumbang Mei | Veterinar | Tiada | Tiada |
Mayfly | lalat Mei | Veterinar | Tiada | Tiada |
Mayfly | lalat Mei | Pertanian | Tiada | Tiada |
maggiolata (It) | maggiolata | Kesenian | Tiada | Lagu-lagu untuk bulan Mei. |
eclipse of Thales | gerhana Thales | Matematik | Tiada | Gerhana penuh matahari pada 28 Mei 585 S.M. yang kononnya telah diramalkan oleh Thales, ahli falak Yunani purba. |
midnight sun | matahari tengah malam | Geografi | Tiada | Fenomena yang berlaku di antara bulan Mei dan Julai di hemisfera U dan di antara November dan Januari di hemisfera S, apabila matahari kekal di atas horizon bila dilihat di antara garis, latitud 632o - 90o U dan S daripada Khatulistiwa. Kawasan utara Skandinavia biasa dikenali sebagai kawasan Matahari Tengah Malam. |
Warsaw Pact | Pakatan Warsaw | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pakatan yang ditubuhkan pada bulan Mei 1955 sebagai tindak balas terhadap penyertaan Republik Persekutuan Jerman sebagai anggota NATO. Pakatan ini diketuai oleh Kesatuan Soviet dan dilihat oleh Barat cuma sebagai satu pertubuhan untuk mengesahkan kehadiran tentera Kesatuan Soviet di negara anggotanya, iaitu Bulgaria, Czechoslovakia, Republik Demokratik Jerman, Hungary, Poland dan Romania. Keruntuhan kuasa Kesatuan Soviet di Eropah Timur pada tahun 1989 telah menyebabkan keruntuhan pakatan ini. Pada bulan November 1990 di Persidangan Paris, anggota pakatan ini mengisytiharkan bahawa aspek ketenteraan pakatan ini telah mati dan selepas tahun 1991, pakatan ini tidak lagi berfungsi. |
semelparity | semelpariti | Biologi | Ekologi | Haiwan yang membiak sekali sahaja sepanjang hayatnya, misalnya ikan salmon dan serangga Mei. Bandingkan iteropariti. |
haboob | hab | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ribut pasir yang sering berlaku di Sudan pada waktu tengah hari dan petang dari bulan Mei hingga September. Namanya berasal daripada kata Arab habb yang bermaksud angin. Halaju maksimumnya lebih daripada 50 km sejam dan pernah tercatat sehingga 100 km sejam. |