quantum mechanics | mekanik kuantum | Kejuruteraan | Tiada | 2. Teori fizikal matematik yang berkembang daripada teori kuantum Planck dan memperkatakan tentang mekanik sistem atom dan sistem-sistem yang berkaitan dalam kuantiti yang dapat diukur. |
biomechanics | biomekanik | Sains Sukan | Biomekanik | Disiplin ilmu yang mengaplikasikan prinsip mekanik dalam kajian pergerakan organisma hidup. Dalam pergerakan manusia, disiplin ilmu ini menggabungkan aspek anatomi dan mekanik untuk menganalisis keupayaan anggota badan menghasilkan pergerakan. Disiplin ilmu ini diaplikasikan dalam sains sukan bagi memperbaik teknik, memaksimumkan keupayaan fizikal untuk mencapai prestasi yang maksimum, mengurangkan kecederaan, selain boleh mereka cipta pakaian dan alatan sukan yang efisien. Selain kajian tentang pergerakan tubuh, aspek daya, momentum dan darjah pergerakan juga merupakan antara elemen yang dikaji dan diperhatikan dalam biomekanik. |
actuator | aktuator | Fizik | Nanoteknologi | Peranti yang berperanan menghasilkan tindakan mekanik seperti membuka, menutup, melaras atau menggerakkan apabila menerima isyarat daripada suatu sensor yang dihubungkan kepada peranti tersebut. Contohnya, sistem mekanik yang menggerakkan pemacu cakera padat atau suatu lengan robot. |
mechanical efficiency | kecekapan mekanik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Nilai yang terhasil daripada nisbah kuasa brek yang dihasilkan oleh enjin dengan kuasa tertunjuk. Nilai ini kurang daripada 100% disebabkan oleh sebahagian daripada kuasa tertunjuk di- gunakan untuk mengatasi rintangan komponen mekanik dalam enjin dan aksesori lain, seperti pam air, pam minyak dan pam bahan api. |
double-well potential | keupayaan perigi ganda dua | Fizik | Nanoteknologi | Tenaga keupayaan dalam sistem mekanik kuantum yang terdiri daripada dua perigi keupayaan yang dipisahkan oleh satu sawar. Keupayaan perigi ganda dua digunakan untuk menerangkan fenomena penerowongan mekanik kuantum seperti perpindahan elektron, proton dan nanozarah magnet. |
scanning tunneling microscope (STM)] | mikroskop penerowongan imbasan (STM) | Fizik | Nanoteknologi | Mikroskop yang mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu penduga tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara penduga dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata penduga ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara penduga dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik penduga semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbas penduga (SPM). Banding mikroskop daya atom. |
scanning tunneling microscope (STM) | mikroskop penerowongan pengimbasan (STM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu kuar tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara kuar dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata kuar ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara kuar dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik kuar semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbasan kuar (SPM). |
quantum mechanics | mekanik kuantum | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bidang sains berkaitan dengan sifat-sifat atom dan molekul berdasarkan hubungan kedualan antara jirim dan sinaran gelombang. |
quantum mechanics | mekanik kuantum | Matematik | Tiada | Tiada |
quantum mechanics | mekanik kuantum | Perubatan | Tiada | Tiada |