Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Peribahasa

Sejernih-jernih air,
     kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Bermaksud :

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antrostomyantrostomiPerubatanTiadaBukaan melalui pembedahan ke antrum melalui dinding tengah ke hidung atau dinding lateral ke mulut.
antrostomyantrostomiPerubatanTiadaBukaan melalui pembedahan ke antrum melalui dinding tengah ke hidung atau dinding lateral ke mulut.
hematohyaloidhematohialoidPerubatanTiadaJirim hialin yang terbentuk melalui degenerasi trombi melalui konglutinasi korpuskel atau platelet darah merah.
blood relationsaudara sedarahSosiologiTiadaPerhubungan seseorang melalui persaudaraan dan bukan melalui perkahwinan.
haemodialysishemodialisisPerubatanTiadaPenyingkiran sesetengah unsur daripada darah melalui perbezaan kadar resapan melalui selaput separa telap.
hydraulic radius modelmodel jejari hidraulikGeografiTiadaModel yang membandingkan aliran melalui tanih dengan aliran melalui paip yang mempunyai pelbagai keratan rentas.
alcovealkofPerpustakaanTiada1. Ruang kecil, di dalam bilik yang terbentuk melalui pembinaan dinding atau melalui unjuran rak buku pada sudut kanan arah dinding atau sesekat yang dilengkapi dengan kerusi dan meja.
coastal laketasik pinggir lautGeologiTiadaTasik yang terbentuk melalui proses garis pesisir, misalnya melalui pembentukan beting yang merentasi teluk atau melalui penyambungan pulau lepas pantai dengan daratan oleh tombolo duaan.
radioradioKejuruteraanTiada1. Sebutan generik yang digunakan untuk kaedah-kaedah pengisyaratan melalui ruang, tanpa menghubungkan dawai, dengan menggunakan gelombang elektomagnet yang dijana oleh arus ulang-alik frekuensi tinggi.,2. Perhubungan melalui gelombang elektromagnet yang dihantar melalui angkasa.,3. Kelengkapan elektronik untuk penghantaran dan/atau penerimaan gelombang elektromagnet tanpa dawai.,4. Sains perhubungan jauh dengan menukar bunyi atau isyarat kepada gelombang elektromagnet dan menghantarnya melalui angkasa.
illustrationpenjelasan; ilustrasiGeografiTiada2. Tindakan membuat penjelasan dengan kaedah yang mudah tentang sesuatu fahaman, teori atau konsep yang terdapat dalam bidang geografi melalui kaedah tertentu seperti melalui kajian lapangan dan makmal.
12345678910...

Kembali ke atas