nanobrick | nanobata | Fizik | Nanoteknologi | Filem berketebalan kurang daripada 100 nm yang diperbuat daripada campuran sekitar 70% tanah liat dengan polimer mempunyai struktur sama seperti bata. Filem ini digunakan untuk melapisi pembungkus makanan supaya tahan lama, melapisi pakaian untuk tahan api dan permukaan bahan untuk tahan gores. |
matte lamination | laminasi kusam | - | Tiada | Proses melapisi permukaan bahan terbitan dengan filem nipis bagi melindungi bahan cetak dan menjadikan kertas serap cahaya. Banding gloss lamination. |
gloss lamination | laminasi berkilat | - | Tiada | Proses melapisi permukaan bahan terbitan dengan filem nipis bagi melindunginya dan menjadikan kertas tampak licin dan berkilat. Banding matte lamination |
synovitis | sinovitis | Herba | Fitoterapi | Keradangan membran sinovial yang melapisi sendi berongga dan menyebabkan kesakitan apabila sendi itu bengkak atau digerakkan. |
sinusitis | sinusitis | Herba | Fitoterapi | Bengkak atau keradangan pada tisu yang melapisi rongga sinus. |
lining cavity | lapis rongga | Buluh | Tiada | Tisu dalam batang kulma yang melapisi lakuna. |
veneer | venir | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan kayu nipis yang mempunyai ira dan jalinan yang menarik serta digunakan untuk melapisi permukaan perabot atau papan lapis. |
cilia | silium | Kejururawatan | Tiada | Cuaran seakan-akan rambut, yang sebilangan besarnya terdapat pada sel epitelium tertentu, terutama epitelium yang melapisi trek pernafasan atas. Fungsinya adalah menyingkir bahan asing di trek pernafasan. |