solubilisation | pelarutan | Herba | Tiada | Proses melarutkan bahan herba sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal dalam bahan pelarut cecair sehingga menjadi sekata. Bagi suatu bahan herba yang sukar dilarutkan, kelarutannya boleh ditingkatkan melalui penambahan bahan ketiga seperti sabun atau surfaktan yang lain. Contohnya, penggunaan surfaktan polisorbat 60 untuk melarutkan lebih banyak minyak pepermin ke dalam suatu cecair akueus. |
lithotriptic | litotriptik | Herba | Tiada | Herba yang melarutkan dan menyingkirkan batu karang dari tubuh. Contoh herba ini ialah misai kucing, dukung anak, misai jagung, pecah beling, lempung atau tempurung (Sonchus arvensis) dan parsli. |
recrystallization | penghabluran semula | Kimia | Kimia Analisis | Proses penulenan bahan secara melarutkan hablur ke dalam pelarut yang dipanaskan kemudian membenarkan penghabluran berlaku semula. Ia boleh dilakukan beberapa kali untuk mempertingkatkan ketulenan bahan. |
solvent | pelarut | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cecair yang digunakan untuk melarutkan atau mencairkan bahan lain. Contohnya, alkohol dapat mencairkan syelek. |
green solvent | pelarut hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan yang boleh melarutkan bahan lain dan bersifat mesra alam. Contohnya, air, cecair berion dan pelarut yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. |
benign solvent | pelarut benigna | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Cecair yang boleh melarutkan bahan lain dan bersifat mesra alam. Contohnya, air dan cecair berion. |
hazardous solvent | pelarut berbahaya | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan yang memudaratkan dan boleh melarutkan bahan lain. Contohnya, alkohol, benzena, toluena, xilena, kerosin dan terpentin. |
osteoclast | osteoklas | Sains Sukan | Biomekanik | Sel pada tulang yang berfungsi untuk menghancurkan tisu tulang dengan cara melarutkan kembali mineral di dalam darah. |
antilithic | antikarang | Herba | Fitoterapi | 1. Bahan yang berupaya menghalang pembentukan batu karang atau kalkulus. 2. Bahan yang mampu melarutkan atau menghancurkan batu karang. |
cryoscopy | kekrioskopan/krioskopi | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk menentukan berat atau kepekatan sesuatu molekul dalam sampel biologi (contoh sampel darah, air kencing, tumbuhan, dan sebagainya) dengan melarutkan sampel dan kemudian mengukur takat beku larutan. |