Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ya.ri] | ملايري

Definisi : belayar di (laut, sungai) dgn kapal atau perahu, mengharungi: tiga hari sudah mereka ~ laut lepas dgn tiada diganggu oleh apa-apa jua; ~ Internet mencari dan men­dapatkan maklumat, data dsb dlm Internet; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ya.ri] | ملايري

Definisi : belayar di laut atau di sungai dgn kapal atau perahu: Ia sudah pernah ~ Selat Melaka seorang diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layar
Kata Terbitan : belayar, melayari, melayarkan, pelayar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
KindleKindle-TiadaPeranti elektronik yang dibangunkan oleh Amazon untuk membantu pembaca melayari, membeli, memuat turun, dan membaca e-buku, surat khabar, majalah dan media digital lain.
digital footprintjejak digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranData yang berkaitan dengan rekod aktiviti melayari Internet seseorang seperti alamat tapak web, penghantaran e-mel dan maklumat yang dihantar ke perkhidmatan dalam talian. Dalam konteks e-pembelajaran, jejak digital merupakan rekod aktiviti pembelajaran oleh pelajar bagi tujuan pemantauan kemajuan.
typosquattingjebakan tipoTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKeadaan apabila pengguna web tersilap menaip ejaan nama domain semasa membuat carian lalu mereka didorong untuk melayari laman web lain yang serupa dengan nama domain yang didaftarkan dan terkenal.
cyberslackerpenculas siberTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaIndividu yang menggunakan kemudahan Internet dan e-mel majikannya untuk melakukan aktiviti peribadi semasa waktu bekerja seperti bermain permainan dan membeli-belah secara dalam talian serta melayari laman media sosial.
spywareperisian intipTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang dipasang secara tersembunyi pada komputer peribadi untuk memintas atau mengambil sebahagian kawalan ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa pengetahuan pengguna tersebut. Perisian ini secara rahsia mengawasi tingkahlaku pengguna seperti laman web yang dilawati dan tabiat melayari Internet. Perisian ini juga dapat mengganggu kawalan pengguna terhadap komputer seperti memasang perisian tambahan dan mengalih aktiviti pelayar web. Selain itu, perisian ini dapat mengubah pengesetan komputer, mengakibatkan kelajuan capaian menjadi perlahan dan sambungan rangkaian terputus serta ketidakfungsian atur cara lain. Perisian intip boleh juga diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi.
informal learningpembelajaran tidak formalTeknologi Maklumate-PembelajaranPembelajaran atas inisiatif sendiri yang berlaku bila-bila masa tanpa dirancang di luar bilik darjah, tidak mempunyai sukatan pelajaran yang perlu diikuti, tidak berstruktur dan tiada penilaian. Contohnya, dalam konteks e-pembelajaran, seseorang mempelajari perkara baharu tanpa dirancang semasa melayari Internet.

Kembali ke atas