subversion | subversi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Tindakan terancang untuk melemahkan keupayaan mekanisma keselamatan suatu sistem komputer secara tersembunyi sepanjang kitar hayat pembangunan sistem komputer tersebut. Tindakan ini bertujuan untuk membenarkan capaian terlarang yang tidak boleh dikesan oleh pemilik sistem komputer pada masa akan datang. Contohnya, seorang pengatur cara menyelitkan kod atur cara secara tersembunyi untuk memberikannya pintu belakang bagi mengelak mekanisme pengesahan pengguna yang terdapat pada perisian tersebut, dalam proses pembangunan perisian. 2. Tindakan oleh pengguna hasad yang mengubah kod atur cara pada perisian sistem pengesanan pencerobohan untuk menggagalkan keupayaannya untuk mengesan pencerobohan dengan baik. |
natural attenuation | pelemahan semula jadi | Geologi | Tiada | Proses membersihkan atau melemahkan pencemaran dalam tanah dan air bawah tanah secara semula jadi. |
antibody-mediated immunity | keimunan antibodi pengantara | Kejururawatan | Tiada | Daya pertahanan badan yang dihasilkan apabila antibodi melemahkan atau memusnahkan antigen yang bahaya pada badan. |
Bohr effect | kesan Bohr | Sains Forensik | Tiada | Kesan pH terhadap afiniti hemoglobin ke atas oksigen. Apabila kepekatan karbon dioksida dalam darah meningkat, pH darah akan menurun dan seterusnya melemahkan afiniti hemoglobin terhadap oksigen dan memudahkan oksigen untuk dilepaskan kepada tisu. Dalam kes keracunan karbon monoksida, pembekalan oksigen ke tisu terganggu kerana molekul karbon monoksida mengikat dengan kuat pada tapak pengikatan oksigen ini. |
cytokine storm | lampau sitokin | Kesihatan Awam | Tiada | Penghasilan sitokin yang berlebihan, iaitu protein sistem kekebalan tubuh yang mengatur interaksi antara sel dan merangsang semula aktitiviti imun, akibat kehadiran virus dalam tubuh. Keadaan ini menyebabkan radang yang melemahkan pembuluh darah di paru-paru dan akhirnya menyebabkan masalah sistemik pada kebanyakan organ, dan seterusnya mengakibatkan kerosakan pada keseluruhan organ tubuh. |
cyber terrorism | keganasan siber | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah kekerasan yang dirancang oleh individu atau kumpulan yang menggunakan ruang siber untuk menyerang pangkalan data, sistem komputer atau bentuk teknologi maklumat dan komunikasi yang lain di sesebuah negara. Tujuan utama serangan ini adalah untuk mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Jenayah ini biasanya dilakukan berdasarkan kepentingan ekonomi atau fahaman politik. Contohnya, penyebaran virus yang bertujuan untuk melemahkan dan menjejaskan sistem komputer sesebuah negara. |
marginalization | keterpinggiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menjadikan seseorang, organisasi atau sesuatu kelompok itu semakin tidak penting, tidak diperhatikan atau dipedulikan. Melalui proses ini, kedudukan seseorang dalam masyarakat mula tidak signifikan dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau pengaruh. Pandangannya tidak diberi perhatian dan segala tuntutan atau kepentingannya mula diabaikan. Keterpinggiran ini lazimnya berlaku apabila individu atau kelompok itu sudah begitu lama bergerak dan tidak penting atau kerana sesuatu kesilapan yang pernah dilakukannya. la juga boleh dilakukan secara sengaja oleh pihak yang berkuasa untuk melemahkan kedudukan dan pengaruhnya. Contohnya, keterpinggiran yang dialami oleh pemimpin parti yang menghadapi dakwaan mahkamah. Pemimpin ini tidak lagi diberi perhatian oleh ahli dan pemimpin parti. Sinonim pemarginalan. |