Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lén.cong] | ملينچوڠ

Definisi : 1. tidak mengikut arah yg betul, menyimpang dr arah yg asal, menyerong: tiba-tiba Nor ~ ke kiri dan aku ~ ke kanan; 2. menyimpang drpd tujuan (maksud) yg asal, menyeleweng, tersesat: di sini saya telah ~ sedikit kerana hendak menjelaskan betapa mustahaknya undang-undang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lén.cong] | ملينچوڠ

Definisi : 1 menyimpang dr arah yg asal; tidak mengikut jalan yg lurus: Kerana angin kencang, kapal itu telah ~ ke barat. 2 menyimpang drpd maksud atau tujuan yg asal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lencong
Kata Terbitan : melencong,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deviant behaviourtingkah laku melencongKriminologiKeadilan JenayahTingkah laku yang bertentangan dengan norma dan nilai sosial yang lazim dalam masyarakat. Tingkah laku ini biasanya menimbulkan tindak balas yang negatif dan kadangkala boleh digolongkan sebagai jenayah.
excursushujungan rinciKesusasteraanTiadaHuraian yang panjang dan terperinci tentang sesuatu perkara. Huraian biasanya melencong daripada perbincangan pokok, terutamanya apabila hujungan rinci tersebut diletakkan di hujung buku sebagai lampiran. Hujungan rinci sering ditemui dalam bentuk nota kaki yang panjang dalam buku sejarah atau biografi.
criminologykriminologiKriminologiKeadilan JenayahBidang yang mengkaji secara saintifik yang melibatkan pelbagai disiplin ilmu, iaitu kajian tentang jenayah dan tingkah laku melencong. Bidang ini meliputi kajian tingkah laku penjenayah, penyebab jenayah, akibat jenayah, termasuklah juga pencegahan jenayah serta sistem pengadilan jenayah.
moral enterpreneuerpenjaja moralKriminologiTiadaIndividu atau kumpulan seperti media, ahli politik, pempengaruh media sosial atau penguat kuasa undang-undang yang melabelkan tingkah laku seseorang sebagai antisosial atau melencong untuk mempengaruhi masyarakat. Mereka juga berusaha untuk menyebarkan atau mempopularkan label ini dalam kalangan masyarakat. Contohnya, perbuatan merempit yang dilabelkan oleh polis sebagai tingkah laku antisosial dalam masyarakat.
moral entrepreneurusahawan moralKriminologiKeadilan JenayahIndividu atau kumpulan seperti media, ahli politik, pempengaruh media sosial atau penguat kuasa undang-undang yang melabelkan tingkah laku tertentu individu atau kumpulan sebagai antisosial dan tingkah laku melencong untuk mempengaruhi masyarakat. Mereka juga berusaha untuk menyebarkan atau mempopularkan label ini dalam kalangan masyarakat. Contohnya, perbuatan merempit yang dilabelkan oleh pihak polis sebagai tingkah laku antisosial dalam masyarakat.
neutralisation theoryteori neutralisasiKriminologiKeadilan JenayahTeori kriminologi yang dikemukakan oleh David Cressey, Gresham Sykes dan David Matza yang menerangkan tentang delinkuen yang lazimnya menerima tingkah laku moral yang umum serta mematuhi undang-undang, tetapi pada situasi tertentu mereka boleh bersikap antisosial atau perlakuan melencong dengan menangkis rasa bersalah dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti menyalahkan mangsa atau keadaan. Kaedah-kaedah tersebut membolehkan pelaku menganggap tingkah laku tersebut diterima secara moral buat dirinya sahaja. Pelaku biasanya berolak-alik antara norma kesusilaan yang lazim dengan sikap yang menjurus kepada jenayah.
neighbourhood restorationpemulihan kejirananKriminologiKeadilan JenayahSatu kaedah pencegahan jenayah untuk menyelesaikan masalah persekitaran dan kemasyarakatan di sesuatu kawasan kejiranan. Contohnya, penyediaan taman permainan di kawasan kejiranan yang berpendapatan rendah bagi menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang sihat sekali gus mengelakkan keterlibatan mereka daripada tingkah laku melencong.
tautologytautologiKesusasteraanTiadaPengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�.

Kembali ke atas