readthrough | pembacaan terus | Biologi | Genetik | 1. Transkripsi yang melepasi sesuatu jujukan terminator dalam DNA kerana kesilapan RNA polimerase untuk mengenali isyarat penamatan atau penceraian sementara faktor penamatan (seperti rho dalam bakteria) daripada jujukan penamatan. 2. Terjemahan yang melepasi kodon penamatan rantai (pemberhentian) sesuatu mRNA seperti dilakukan oleh tRNA supersor tak bererti. |
meal | mil | Veterinar | Tiada | Bentuk fizikal sesuatu bahan makanan yang telah dikisar sehingga saiz butirannya boleh melepasi saringan 1-2 mm diameter. Contohnya, mil kacang soya dan mil kelapa sawit. |
throughput | jumlah lepas | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kuantiti bahan yang melepasi loji pada masa atau keadaan tertentu. |
breakdown voltage | voltan pecah tebat | Teknik | Elektrik | 1., Nilai voltan yang melepasi penebatan atau voltan paling tinggi yang mampu ditahan oleh penebat sebelum voltan melepasinya. 2. Voltan yang diukur pada arus tertentu pada ketika diod separuh pengalir mengalami pecah elektrik. 3. Nilai voltan yang menyebabkan berlakunya pecah elektrik di dalam gas. |
out | keluar; luar; mati | Sukan | Tiada | 1. Keluar: Keadaan apabila bola terkena garis luar, atau dinding sebelah kiri/kanan, atau siling, atau telah melepasi mana-mana bahagian atau kelengkapan dalam gelanggang. |
forehand drive | pukul kencang depan | Sukan | Tiada | 1. Pukul kencang depan: Pukulan yang dibuat dengan pemain berdiri di tengah-tengah gelanggang, dan bulu tangkis dipukul kuat dan mendatar supaya melepasi jaring serendah mungkin dan bergerak ke arah bahagian depan gelanggang. |
sandstorm | ribut pasir | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin kuat yang menerbangkan zarah pasir yang berdiameter 0.08 mm hingga 1 mm ke udara, biasanya diterbangkan ke ketinggian kurang daripada 2 m dari permukaan bumi dan jarang melepasi ketinggian 11 m. Ribut pasir selalunya berlaku di kawasan padang pasir akibat angin kuat yang disebabkan oleh pemanasan permukaan. Ribut pasir cenderung berlaku di waktu siang dan reda pada waktu malam. Bagi laporan sinoptik, ribut pasir dilaporkan apabila ketampakan mendatar kurang daripada 1000 m. |