blister cone | kon melepuh | Geologi | Tiada | Tiada |
fever blister | lepuh demam | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit herpes simpleks yang terjadi pada bahagian muka, dicirikan oleh bengkak-bengkak berair dan melepuh biasanya di sekeliling bibir. |
blistering agent | agen pelepuh | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang menyebabkan kesakitan atau kerengsaan pada kulit, mata dan mukosa. Bahan tersebut boleh menyebabkan luka melepuh. Contohnya, getah yang keluar dari daun gajus (Anacardium occidentale) yang bertindak sebagai agen pelepuh. |
borax poisoning | keracunan boraks | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada boraks (natrium borat, formula kimia, Na2B4O7.10H2O), iaitu bahan yang digunakan sebagai agen pencuci. Dos parah ialah 0.1 g/kg - 0.5 g/kg, dan had pendedahan ialah 5 mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan bahan ini me- nyebabkan emesis yang biasanya terjadi serta-merta. Jika boraks tidak dikeluarkan, perkembangan secara progresif yang berikut terjadi, iaitu muntah dan cirit-birit bermukus dan berdarah, eritroderma, diikuti dengan deskuamasi, ekskoriasi, melepuh, bula, dan selumur epidermis. Kelesuan, otot muka dan bahagian hujung anggota terketar-ketar diikuti dengan konvulsi, hiperpireksia, demam kuning, dan kerosakan buah pinggang dengan oliguria atau anuria, dan akhirnya sianosis, tekanan darah rendah, pengsan, koma, dan mati. Keracunan kronik akibat pengingesan, penyerapan kulit, atau penyerapan melalui liang badan atau membran mukus yang berpanjangan menyebabkan anoreksia, hilang berat badan, muntah, cirit-birit, ruam kulit, alopekia, konvulsi, dan anemia. Penemuan makmal menunjukkan air kencing mengandungi protein, serpihan epitelium, dan sel darah merah. Antara penemuan patologi dalam kes kematian ialah gastroenteritis, kemerosotan lemak hati dan buah pinggang, dan edema serebrum. |